Telefon paling lasak

Isnin, 13 Julai 2009


WALAUPUN berada dalam suhu kepanasan 60 darjah Celsius dan terjatuh dalam mangkuk tandas namun ia masih boleh berfungsi secara jelas.

Inilah kehebatan rekaan teknologi terkini yang direka khas oleh Sonim Teknologi yang baru melancarkan telefon S1 Land Rover, telefon mudah alih yang canggih dan moden.

Sesuai dengan slogan 'dunia tahan lasak ' yang bergerak. Telefon canggih yang direka khas ini kalis air dan mampu untuk berada dalam air sehingga 30 minit.

Hasil rekaan Ranulph Fiennes ini, kini dijual di pasaran Eropah.

Lebih menarik rekaan teknologi ini turut menyediakan kemudahan dengan kamera kalis air, GPS, lampu suluh, radio FM dan juga pelayar WAP.

Malah ia juga mempunyai satu tambahan lama hayat bateri dengan lebih 1,500 jam dan 18 jam masa bercakap.

0 Kata Kau:

UTM Bloggers


Photobucket
Sah Milik : http://mrundercover90.blogspot.com/. Dikuasakan oleh Blogger.