Maradona kejutkan dunia sisih pertahanan berpengalaman
JOHANNESBURG: Daripada pengendali berwajah garang, Dunga sehingga berwatak pelik, Diego Maradona, semua jurulatih pasukan yang bakal menampilkan aksi di Piala Dunia merencana pelbagai rancangan bagi menjulang kejayaan.
Jurulatih Brazil, Dunga mengecewakan jutaan rakyat negaranya dengan menyisihkan beberapa nama besar seperti Ronaldinho, Alexandre Pato dan Adriano daripada barisan skuadnya yang dikatakan memiliki kestabilan untuk menjulang Piala Dunia buat kali keenam.
Dunga
Ronaldinho
Alexandrio Pato
Adriano
Legenda pemain terbaik dunia sepanjang zaman, Maradona pula mengejutkan dunia bola sepak dengan menyisihkan pertahanan berpengalaman - Javier Zanetti dan Esteban Cambiasso, yang mempamer corak permainan mengagumkan membantu Inter Milan menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah, baru-baru ini.
Diego Maradona
Esteban Cambiasso
Javier Zanetti
Dengan penyingkiran beberapa pemain utama yang ditakrif sebagai gila, tiada siapa akan menyalahkan Dunga jika dia berjaya membawa pulang Piala Dunia seperti dilakukan 16 tahun dulu sebagai pemain dan Maradona akan tambah dijulang di Argentina jika pilihannya menjulang meraih ketiga buat negaranya.
“Kami akan lakukan apa saja untuk mencapai matlamat itu,” kata Dunga ketika persiapan pasukannya ke Piala Dunia. “Kami yakin betapa perancangan yang kami cipta sudah cukup sempurna.
“Ia sentiasa sama sebelum Piala Dunia. Semua pihak mahu bercerita mengenai pemain yang tidak disenaraikan dalam pasukan. Dengan beberapa alasan, mereka sentiasa lebih bagus daripada pemain yang tersenarai. Manusia akan sentiasa mengadu namun saya hanya akan memanggil seseorang yang saya fikir akan membantu Brazil berbanding nama mereka,” katanya.
Ketika Dunga mewah dengan barisan pemain yang mampu dipilih, pengendali England, Fabio Capello bergelut dalam mencari pengganti yang berkualiti bagi digandingkan atau menggantikan barisan bintang yang dimilikinya, terutama di bahagian gawang dan gandingan Wayne Rooney di bahagian serangan selain masalah disiplin.
Selain itu, beberapa pengendali juga berdepan masalah dengan Marcello Lippi (Itali), yang membawa pulang Piala Dunia empat tahun hadir dengan barisan ‘kuda tua’, Raymond Domenech (Perancis) akan pasti dipecat, Vicente Del Bosque (Sepanyol) memiliki terlalu ramai pemain bintang untuk dipilih.