"Super Computer" tilik nasib???

Selasa, 13 September 2011
Satu kajian di Amerika Syarikat mendapati komputer mega atau super computer, mampu membantu meramal kejadian besar dunia, jika ia terus menerus dibekalkan dengan maklumat baru. 

Ketika analisis dijalankan berasingan, saintis berkata, proses sama boleh digunakan untuk meramal konflik akan datang. Sistem berkenaan turut memperoleh petanda awal mengenai lokasi bekas pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden.
Kajian itu dibentangkan Kalev Leetaru dari Institut Sains Sosial dan Seni Universiti Illinois dalam jurnal First Monday. Maklumat kajian diperoleh daripada pelbagai sumber, termasuk Pusat Sumber Terbuka yang dikendalikan Kerajaan Amerika dan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), yang mengawasi kandungan media tempatan di seluruh dunia. Komputer mega merujuk kepada sistem komputer yang melakukan tugas berat dan pengiraan tepat termasuk ramalan cuaca, penyelidikan iklim, pembinaan model molekular dan simulasi pengaktifan senjata nuklear. 


Rangkaian media yang menerbitkan versi online turut dianalisis. Secara keseluruhan, Leetaru menghimpun lebih 100 juta artikel. Laporan dianalisis untuk dua jenis maklumat utama, iaitu keadaan sama ada artikel memaparkan berita baik atau buruk dan lokasi, iaitu di mana kejadian berlaku dan lokasi pihak lain yang terbabit dalam berita itu. Pengesanan keadaan ditetapkan untuk mencari perkataan dahsyat, ngeri atau baik sementara lokasi menyebut tempat tertentu, seperti Kaherah dan memasukkan ia ke dalam koordinat bagi diletakkan dalam peta. Data dimasukkan ke dalam kepada komputer mega SGI Altix, dikenali sebagai Nautilus, beribu pejabat di Universiti Tennessee. Berdasarkan pertanyaan tertentu, Nautilus menghasilkan graf untuk negara berbeza yang berdepan masalah pemberontakan Arab. Dalam setiap kes, hasil beribu-ribu berita baru menunjukkan petanda dalam sentimen sebelum kejadian, di dalam negara dan seperti dilaporkan dari luar. Petunjuk sebelum ini berkebetulan dengan pengeboman oleh Amerika ke atas tentera Iraq di Kuwait pada 1991 dan pencerobohan Amerika di Iraq pada 2003. Leetaru berkata, sistem itu kelihatan menghasilkan perisikan lebih baik berbanding apa yang dilakukan Kerajaan Amerika ketika itu. Hakikat bahawa Presiden Amerika menyokong Mubarak menunjukkan dengan kuat analisis paling tinggi pun cenderung memberi petunjuk Mubarak akan kekal. Ia memang berkemungkinan kerana anda mempunyai pakar bidang itu yang mengkaji Mesir selama 30 tahun dan dalam masa 30 tahun tiada apa berlaku kepada Mubarak.

UTM Bloggers


Photobucket
Sah Milik : http://mrundercover90.blogspot.com/. Dikuasakan oleh Blogger.