Kelantan…
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar?
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita
Terengganu…
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicoh cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung suke
Pahang…
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin
Johor…
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie
Melaka…
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
N. Sembilan…
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur…
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
Perak…
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai
~~SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN~~
~Salam Lebaran Buat Semua Umat Islam d' Seluruh Pelusuk Negara~
Tulisan Tangan by
Unknown
at
9/08/2010 10:40:00 PG
Alhamdulillah...syukran...
Diam x diam kita da hampir d penghujung Ramadhan buat tahun ini...dan tirai Syawal bakal menjelma tak lama lagi....Memang sudah menjadi adat umat Islam seluruh dunia untuk meraikan kemenangan di bulan Syawal...tapi janganlah kita sampai mencamarkan bulan suci yang bakal kita sambut tak lama lagi dengan kotoran yang telah kita bersihkan...
Di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan Selamat menyambut bulan Syawal kepada seluruh umat Islam d seluruh dunia...semoga bulan ini membawa barakah dan makna yang dapat menguatkan lagi iman dan ukhwah bagi semua umat Islam...Semoga ia membawa 1001 erti dalam hidup kita...Insya-Allah...
*p/s: Saper2 yang rasa pose x penuh tu...jangan memandai2 nak rayer plak...huhu...
Jangan marah aa...nanti kena juai...haha..

~Salam Ramadhan, Salam Syawal~
~Camat Ari Rayer~
*p/s: Saper2 yang rasa pose x penuh tu...jangan memandai2 nak rayer plak...huhu...
Jangan marah aa...nanti kena juai...haha..
1 Pokok
Tulisan Tangan by
Unknown
at
9/07/2010 01:52:00 PG
Selasa, 7 September 2010
Di dalam sebuah hutan, tegak berdiri sebuah pokok
gergasi mengatasi pokok-pokok lain dengan dahan
dan bunganya yang berselirat.
Mencecah langit, bayangnya melitupi seluruh
kawasan. Tidak ada satu pun pokok lain yang lebih
besar dan kuat daripada pokok itu.
Namun, ia tidak gembira.
Jauh di dasar tanah, akar-akar mula berkata-kata.
"Kitalah sumber kekuatan pokok ini," kata mereka.
"Kita menyedut air dan zat-zat dari tanah. Tanpa kita,
bagaimana mungkin pokok ini bisa berdiri?"
"Aku yang membolehkan ia berdiri tegak sebegini,"
satu suara lantang menjawab. "Aku adalah batang
pokok ini, dan aku menampung berat dahan serta
daun dan buah-buahnya. Lihatlah betapa besarnya
aku," degam-degum suaranya.
Di bahagian atas pokok itu, daun-daun menggeletar.
Kemudian, dalam berbisik, mereka berkata, "Apa
yang kamu katakan itu benar, wahai batang. Tetapi,
bagaimana mungkin kamu menjadi sebegini besar
kalau bukan kami yang setiap hari melambai
menyerap cahaya matahari?"
"Katakan padaku..." tiba-tiba salah satu dahan
mencelah. 'Bagaimana pula kamu boleh berbuat
begitu tanpa kami?" Dan untuk seketika lamanya,
pokok itu berdiam diri dalam kemarahan.
Kemudian, pada satu hari, seekor burung kecil
terbang keluar daripada teduhan pokok itu.
"Alangkah besar dan indahnya pokok ini," ia berlagu.
"Oh, sememangnya kamulah pokok yang paling
cantik antara beribu yang lain di dalam hutan ini."
Serta-merta, kesemua bahagian pokok itu
memberitahu kisah mereka kepada si burung.
"Jadi, siapakah antara kami yang paling penting?"
tanya akar, batang, daun dan dahan.
"Tentulah kamu semua," jawab si burung.
"Kamu begitu cantik kerana kamu semua adalah
satu pokok."
**Kekuatan kita yang paling utama adalah satu sama lain. Semoga semangat perpaduan yang dikongsi bersama ini akan terus menjadikan Malaysia paling istimewa. 1Malaysia: Menjana Transformasi

Langgan:
Catatan (Atom)
Sah Milik : http://mrundercover90.blogspot.com/. Dikuasakan oleh Blogger.
About Me
My Status
The Undercover Blogger
Total Pageviews
DREAMZ
Gossip!!!
Without right click..
Facebook Badge
Dikuasakan oleh Blogger.