Kawan @ Teman @ Member

Isnin, 21 September 2015
Tiga jenis kawan kata Imam Al-Ghazali :
Kawan yang pertama
Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu & nasihat agama kepada kita. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.


Kawan yang kedua
Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu & nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu & nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.


Kawan yang ketiga
Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang di sampaikan.. Dia rejek ilmu dan nasihat yang kita bagi. Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara & tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran.

Inilah antara 3 jenis kawan.. Cuba lihat orang kat sekeliling kita.. Mana satu antara tiga nih kawan2 kita.. Cuba fikir sejenak.. Tetapi jika kita ingat merubah dirinya, ubahlah secara perlahan tanpa menyinggungnya kerana dia juga seorang manusia seperti kita.. Yakinlah pada suatu masa dia pasti akan berubah.. Tetapi jika dia terus dengan kedegilannya dan kita nasihat seperti mencurah ke daun keladi.. Maka, kata Imam Al- Ghazali kita berundurlah..

*p/s : Nak hidup kena pandai pilih kawan. Biar kawan sedikit tapi ada bila diperlukan. Jangan kawan ramai tapi tiada waktu memerlukan.

UTM Bloggers


Photobucket
Sah Milik : http://mrundercover90.blogspot.com/. Dikuasakan oleh Blogger.