Maksud disebalik simbol "Peace" ketika bergambar...(V)

Sabtu, 26 Jun 2010
Assalamualaikum semua....

Hari ini saya nak bongkarkan sedikit rahsia amalan kita dalam bergambar..


1 2 3, Peace! snap!








Biasa bukan? Tapi apa makna disebalik peace itu sebenarnya? Ingin tahu?

~Peace~


Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya merupakan simbol gerakan rahsia Illuminati, iaitu gerakan yang pernah menjadi isu, apa kaitannya dengan Anugerah Juara Lagu ke-24 yang lalu. Gerakan ini merupakan pertubuhan Yahudi.

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat, Richard Nixon dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Tanda “v” pada tangan adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsia Illuminati itu tadi. Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).


Huruf V (Van) dalam tulisan Yahudi bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala.

Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Bermakna, kita telah lama menggunakan tanda kegemaran Syaitan ini, tidak begitu?

Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.

Simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah.


Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).


Gambar sebelah kiri : simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang.


Gambar tengah : cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan. gambar kecil berbentuk bunga di atas palang adalah logo nazi.

Gambar sebelah kanan : logo asal kumpulan Gereja Syaitan.

Saya tahu isu Illuminati sebenarnya isu yang agak berat untuk difahami oleh golongan seperti kita. Tapi, sampai bila kita mahu menutup mata dan membiarkan sahaja?

p/s : Bacalah buku Gerakan Freemasonry.. Sama harga dengan novel je..


Renung-renungkan dan selamat beramal....

ALAM MAHSYAR

Jumaat, 25 Jun 2010
1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.




2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.



3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.



4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.



5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.



6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.



7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.



8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.



9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.



10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.



11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:



1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.



12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.



13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.



14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.



15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.



16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.



17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.



18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.



19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.



20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.



21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.



22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.



23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.



24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.



25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.



26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.



28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.



29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.



30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.



Rujukan:


Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.

Penjara Pudu diroboh

Selasa, 22 Jun 2010

KERJA-KERJA meruntuhkan menara kawalan dan tembok Penjara Pudu dimulakan pada jam 10 malam tadi oleh kontraktor yang dilantik DBKL.



KUALA LUMPUR: Penjara Pudu yang menyimpan pelbagai kisah sejarah banduan sejak lebih 100 tahun lalu mula diruntuhkan malam tadi apabila kontraktor dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan kerja-kerja merobohkan tembok kandang besinya.


Kerja merobohkan tembok sepanjang kira-kira 300 meter itu akan dijalankan setiap malam mulai malam tadi hingga esok. Kerja merobohkan itu dijalankan bagi membina laluan bawah tanah Jalan Pudu yang dijangka siap pada 2012.

Sepanjang kerja dijalankan orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif disebabkan hanya separuh jalan akan dibuka manakala separuh laluan lagi digunakan untuk kerja meruntuh tembok

Pemecahan tembok itu yang pernah dicatatkan sebagai lukisan mural terpanjang di dunia dilakukan untuk pelaksanaan projek laluan bawah tanah bagi menyambung Jalan Hang Tuah dan Jalan Imbi sebagai langkah penyuraian trafik.


Ratusan orang datang untuk menyaksikan kerja meruntuhkan Penjara Pudu yang dianggap salah satu monumen bersejarah negara, mengambil serpihan tembok batu itu untuk dijadikan cenderamata

Israel terus rampas tanah Arab


KANAK-KANAK Palestin bermain berdekatan runtuhan bangunan di timur Baitulmaqdis

Roboh 20 lagi kediaman Palestin di timur Baitulmaqdis bina rumah Yahudi

BAITULMAQDIS: Israel berhasrat meneruskan pelaksanaan sebuah projek perumahan lengkap dengan taman dan kompleks awam di kawasan yang kini menempatkan 20 rumah rakyat Palestin di timur Baitulmaqdis.


Pemimpin Palestin terbabit mengecam projek berkenaan yang digelar Israel sebagai ‘King’s Garden’, sebagai satu usaha negara Zionis itu untuk memperluaskan kawasan didudukinya, walaupun ada bantahan pihak antarabangsa supaya ia menghentikan kegiatan berkenaan.

Jawatankuasa perancangan majlis perbandaran Baitulmaqdis mengadakan mesyuarat bagi membincang cadangan bagi mengubah wajah kawasan terbabit semalam, sehari selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu akur dengan tekanan antarabangsa agar Israel meredakan sekatan di Gaza berikutan serangan maut ke atas konvoi kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza 31 Mei lalu.

Jurucakap bandar raya, Stephen Miller, berkata jawatankuasa itu dijangka meluluskan kajian semula pembahagian zon bagi membolehkan pembinaan 1,000 rumah dilaksanakan, meliputi 22 hektar di sebuah kawasan perumahan di timur Baitulmaqdis.


Dalam pelan perancangan itu, kira-kira 20 rumah rakyat Palestin yang dibina tanpa permit akan dirobohkan, manakala 60 rumah lagi yang dibina secara haram diberikan lesen.

Namun, bagi rakyat Palestin kelulusan permit bangunan adalah sesuatu yang sukar diperoleh dari Israel.

Pemimpin Palestin menyifatkan projek itu sebagai satu lagi cubaan Israel untuk memperkuatkan kawalan di seluruh Baitulmaqdis, dengan sektornya di sebelah timur ditawan dalam peperangan 1967 dan dijadikan sebahagian daripada kawasannya, langkah yang tidak diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

“Langkah ini adalah penjajahan oleh pihak perbandaran,” tegas Gabenor Baitulmaqdis yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Palestin, Adnan al-Husseini.

“Mereka tidak boleh mendakwa yang mereka akan membina taman perumahan, tetapi pada masa sama menafikan orang lain terus menetap di situ.”

Mac lalu, Israel menimbulkan kemarahan Amerika Syarikat apabila ia mengumumkan ketika lawatan Naib Presiden, Joe Biden bahawa ia akan membina 1,600 rumah bagi penduduk Yahudi di kawasan yang didudukinya di Tebing Barat yang dianggapnya sebagai sebahagian Baitulmaqdis.

Miller mendakwa, projek ‘King’s Garden’ itu bertujuan ‘mempertingkatkan mutu kehidupan’ di Silwan dan sebuah taman dan kompleks awam akan dibina di kawasan berkenaan, yang boleh digunakan secara bersama oleh Arab dan Yahudi.

Portugal mengamuk


MEIRELES (kiri) melompat selepas menewaskan penjaga gol Korea Utara, Ri Myong-guk dalam saingan Kumpulan G, malam tadi.


Kebangkitan Ronaldo, rakan-rakan akhiri cabaran Korea Utara

CAPE TOWN: Portugal meraikan kejayaan terbesar mereka dalam sejarah Piala Dunia apabila berpesta gol menewaskan Korea Utara 7-0 dalam perlawanan Kumpulan G, malam tadi yang turut menamatkan harapan pasukan Asia itu.


Portugal mendahului menerusi Raul Meireles pada minit ke-29 sebelum mengganas di babak kedua dengan tiga gol dalam tempoh tujuh minit menerusi Simao Sabrosa (m-53), Hugo Almeida (m-56) dan Tiago (m-60).

Pasukan ranking ketiga dunia itu kemudian melengkapkan kemenangan bergaya dengan menambah tiga lagi jaringan lewat menerusi Liedson (m-81) dan Cristiano Ronaldo (m-87) – jaringan pertamanya untuk Portugal dalam tempoh dua tahun – sebelum Tiago menambah gol kedua peribadi seminit sebelum tamat.



Portugal pernah menjaringkan lima gol ketika ketinggalan 3-0 sebelum bangkit menewaskan Korea Utara 5-3 pada suku akhir Piala Dunia 1966, dan hampir menyamai kemenangan besar Brazil ke atas Arab Saudi 8-0 pada 2002.



“Keputusan yang terpuji tetapi kami mempunyai perlawanan lagi dan belum memenangi apa-apa lagi. Sekarang kami perlu memikirkan untuk layak ke pusingan seterusnya, satu perlawanan lagi dan cuba menang dengan corak yang dipamerkan dalam perlawanan ini,” kata jurulatih Portugal, Carlos Queiroz

Aurat Itu Tinggi Nilainya

Betapa Islam mementingkan nilai aurat sehingga gambar perempuan yang tidak bertudung atau tidak menutup aurat itu pun dikira sebagai aurat dan berdosa bahkan rambut yang terputus itu pun dikira aurat,wajib dijaga daripada pandangan lelaki.Semuanya bertujuan bagi menjaga maruah wanita itu sendiri.Logiknya,jika Rafiq nampak rambut Salina yang terputus di karpet surau,Rafiq dapat mengagak rambut Salina macamana.Pasti Salina akan berasa malu.


Sabda Rasulullah, “aku telah melawati neraka dan aku dapati ramai daripada ahlinya daripada wanita.”Allah tidak membebankan wanita dengan perkara-perkara yang berat,cukup dengan menjaga rukun Islam,jaga aurat dan taati suami,maka tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga, masuklah dari mana-mana pintu yang disukai.Allah tidak suruh wanita pergi berjihad,wanita cari nafkah,wanita jadi pemimpin,itu semua tugas lelaki.Jika lelaki tunaikan itu semua pun,belum tentu dia dapat masuk syurga dari satu pintu.Belum tentu.

Mulianya darjat kaum Ansar berbanding kaum Quraisy kerana auratnya. Imam Bukhari dalam satu riwayat memetik kat-kata Safiyah, katanya, “ketika kami berada di sisi Aishah,kami telah memuji kelebihan wanita Quraisy.Lalu Aishah berkata bahawa sesungguhnya wanita Quraisy itu ada kelebihannya juga.Tetapi,demi Allah,aku tidak melihat kelebihan tersendiri yang ada pada wanita Ansar.Mereka amat beriman kepada kitab Allah dengan apa yang diturunkan oleh Allah kepada mereka.Sesungguhnya telah turun ayat 31 Surah An-Nur yang memerintahkan para wanita mukminah melabuhkan kain tudung mereka sehingga tidak nampak lagi perhiasan.Demikian juga dengan lelaki mereka ,apabila pulang ke rumah mereka terus membaca ayat tersebut kepada isteri-isteri mereka,anak-anak perempuan mereka,saudara-saudara perempuan mereka dan kepada kaum kerabat mereka yang wanita.Setelah mendengar ayat itu,tidak ada seorang pun daripada mereka duduk,semuanya bangun mengambil kain,lalu menutup kepala dan muka mereka demi mematuhi dengan segera perintah ayat tersebut.Kelihatanlah mereka berjalan di belakang Rasulullah dalam keadaan menutup seluruh tubuh badan dengan pakaian hitam,bagai gagak-gagak hitam.”

Jika anda berjalan di satu jalan,di jalan itu terdapat banyak tahi lembu. Apakah tindakan yang anda akan lakukan?Angkat kain anda supaya tidak terkena tahi dan berjalan melepasinya?Atau terus sahaja berjalan tanpa menghiraukan tahi-tahi tersebut?

Ummu Salamah,isteri baginda yang terkenal dengan akalnya yang hebat pernah bertanya, “aku termasuk wanita yang memakai pakaian labuh sehingga apabila berjalan di tempat kotor,terkena kekotoran di pakaianku.”Rasulullah menjawab, “cucuilah selepas itu.” (Riwayat Abu Daud dengan sanad Soheh)

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa Rasulullah lebih mementingkan penjagaan aurat daripada kekotoran kerana kekotoran lumpur mudah untuk dicuci tetapi terdedahnya aurat menyebabkan diri dan orang lain pun turut terpalit dengan dosa yang sukar untuk dibersih.

Piala Dunia: Brazil 3 Ivory Coast 1

Isnin, 21 Jun 2010

PEMAIN tengah Brazil, Felipe Melo (kanan) bersaing dengan pemain Ivory Coast, Didier Zokora pada perlawanan Kumpulan G, Piala Dunia 2010 FIFA, Brazil menentang Ivory Coast di Stadium Soccer City, Soweto, Johannesburg, awal pagi tadi.

JOHANNESBURG: Luis Fabiano menjaring dua gol bagi membantu kemenangan selesa Brazil ke atas Ivory Coast pada perlawanan peringkat Kumpulan G di Stadium Soccer City, awal pagi tadi.

Kemenangan Brazil itu sedikit tercalar apabila pemain tengah, Kaka dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua, dua minit sebelum perlawanan berakhir.

Gol ketiga skuad samba itu diperoleh menerusi Elano pada minit ke-62, sebelum, Didier Drogba menjaringkan gol tunggal buat Ivory Coast pada minit ke-79.

UTM Bloggers


Photobucket
Sah Milik : http://mrundercover90.blogspot.com/. Dikuasakan oleh Blogger.