Macam best jer bila aq terbaca sisipan akhbar metro hari ni @ ruangan "1klassifieds".
Ada pula artikel tentang Sains Komputer. Ok..nk citer lar sikit mengenai sisipan akhbar tu...hayati...(mcm sedih lar pulak..hehe..)
Sejak diperkenalkan pada 1840-an, komputer menjadi aset penting dalam kehidupan manusia kerana digunakan hampir semua aspek kehidupan, meliputi penjelajahan angkasa lepas, kajian saintifik, perhubungan, reka bentuk, automotif dan pelbagai lagi sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan dengan pengkhususan dalan pelbagai bidang.
Bidang ini yang secara umumnya adalah pengkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat, sama ada dari segi perkasasan atau perisian.
Seseorang yang pakar dalam bidang perkomputeran dipanggil "saintis komputer" kerana ia salah satu cabang daripada aliran sains.
Pada masa sama, skop sains komputer masih tidak dapat dipisahkan dengan kepentingan masyarakat dan bidang ini meliputi aspek luas dalam membantu memudahkan kehidupan.
Sejajar dengan perkembangan dunia teknologi masa kini, tidak hairan permintaan dalam industri ini terlalu tinggi sehinggakan mereka yang mempunyai kepakaran atau berkelayakan mudah dan sering menjadi perhatian majikan.
Justeru, tidak hairan atau pun pelik apabila bidang ini mendapat tawaran yang meluas di U dalam dan overseas kerana ia merupakan antara bidang yang paling progresif, mencabar serta menarik kerana mempelajari pelbagai penemuan baru berkaitan teknikal.
Antara perkara yang paling penting dalam sains komputer adalah bahasa pengaturcaraan atau lebih dikenali sebagai "Metodologi Pemprograman" @ "Metod" iaitu bahasa yang boleh digunakan untuk membina sesebuah perisian komputer manakala bahasa pengaturcaraan yang paling 'fofular' sekali ialah C, C++ dan Java.
Pelbagai cabang kerjaya boleh diceburi oleh para graduan program ini seperti seni reka komputer dan web, pengaturcaraan komputer, perkomputeran linguistik dan kejuruteraan perisian.
Terdapat banyak disiplin dalam sains komputer seperti pengkhususan kepada pengiraan hasil tertentu dalam grafik komputer selain masalah komputer.
Meskipun ada pihak berpendapat, perubahan teknologi pantas dan sentiasa berubah, keperluan komputer dalam menjana keperluan masyarakat global tetap utuh.
Pelbagai perisian canggih dengan modul pembelajaran berkualiti disediakan dari semasa ke semasa bagi mengimbangi corak perubahan, piawaian dan kehendak pasaran.
Usaha negara mewujudkan masyarakat bermaklumat adalah satu agenda penting dalam membantu pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat.
Ia juga penting kerana peralihan ke arah masyarakat bermaklumat sangat relevan. di samping menyediakan peluang baru dalam pelbagai urusan dan aktiviti masyarakat.
Penggunaan ICT dalam era teknologi menjadikan ia aspek wajib dalam kehidupan individu mahupun organisasi.