Ikan Sebelah Sos Hollandaise

Isnin, 13 Julai 2009



BAHAN-BAHAN:

800 gm ikan sebelah

400 gm bayam

Setangkai parsli

1/2 biji lemon

400 gm ubi kentang

2 ulas bawang putih

50 gm krim

250 gm mentega

2 biji kuning telur

Garam dan lada sulah secukup rasa



CARA MENYEDIAKAN:

1. Sayur bayam diambil daunnya sahaja, kemudian celur dan keringkan.

2. Cairkan mentega, tumis bawang putih bersama daun bayam dan krim. Kacau rata dan masukkan garam dan lada secukup rasa.

3. Ubi kentang dipotong membujur dan direbus hingga empuk, gaulkan sedikit mentega dan garam ketika masih panas.

4. Susun ikan di dalam dulang pembakar dan tuangkan air menutupi separuh ikan.

5. Tutup dengan kertas minyak, masak di atas dapur beberapa minit sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar bersuhu 160oC selama 10 minit.

6. Pukul kuning telur dengan mentega cair secara double boiler hingga sos hollandaise menjadi sebati. Masukkan sedikit jus lemon dan garam.

7. Hidangkan ikan bersama sos Hollandaise kentang rebus, bayam berkrim serta hirisan lemon dan parsli sebagai hiasan.

0 Kata Kau:

UTM Bloggers


Photobucket
Sah Milik : http://mrundercover90.blogspot.com/. Dikuasakan oleh Blogger.