Tadabbur ayat-ayat al-Quran

Sabtu, 28 Ogos 2010
KELIBAT 10 hari pertama Ramadan telah berlalu meninggalkan umat Islam.

Kalangan tetamu Ramadan antaranya terus melaksanakan ibadah solat fardu masing-masing di samping menghidupkan waktu siang dan malam Ramadan dengan melipat-gandakan amalan-amalan sunat yang lain.


Pelbagai aktiviti Ramadan berbentuk praktikal barangkali turut dilakukan seperti kunjung mengunjung mengeratkan tali silaturrahim sesama Muslim, bersedekah, memberi makan orang yang berpuasa, fakir miskin dan anak-anak yatim.

Sewajarnya umat Islam melakukan penilaian sama ada setiap hari atau setidak-tidaknya seminggu sekali terhadap puasa yang telah dijalani. Nilaian terhadap puasa yang dilakukan berdimensi amal lahiriah dan batiniah.

Amalan lahiriah berdimensikan sosial, manakala amalan batiniah berdimensikan niat ikhlas kerana Allah ke arah mencapai ketaqwaan yang sebenar. Di sinilah tersiratnya pengertian sabda baginda yang bermaksud, Sesiapa yang melaksanakan puasa Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran nescaya diampuni dosa-dosanya yang lalu. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Menilai tingkat tadabbur terhadap ayat-ayat al-Quran

Ramadan al-Mubarak pastinya menggamit memori sejarah besar bagi seluruh Umat Islam lantaran di dalam bulan inilah berlakunya penurunan al-Quran atau disebut sebagai Nuzul al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Bulan Ramadan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil). (al-Baqarah: 185)

Al-Quran diturunkan untuk dihayati setiap perkatan dan bait-bait maksudnya. Firman Allah yang bermaksud:

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang mempunyai banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayat-Nya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna sebagai peringatan dan iktibar. (Shaad: 29)

Kefahaman yang tepat dan mendalam terhadap isi kandungan al-Quran akan menjadikan seseorang hamba itu bertambah teguh keimanannya kepada Allah SWT. Dr. ‘Aid Ibn Abdullah Al Qarni mengatakan:

“Seseorang itu tidak dianggap membaca al-Quran jika tidak menghayati (tadabbur) apa yang dibacanya kerana tadabbur merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia. Tadabbur melahirkan iman, menanamkan keikhlasan dalam hati dan memberikan ruang dan dapatan ilmu kepada manusia tentang ketauhidan."

“Keyakinan dan keutuhan seseorang itu kepada Allah SWT akan semakin bertambah cantik sekiranya menghayati setiap untaian kalam Allah SWT”. (Sejenak Bersama Hidangan Al-Quran)

Selain itu, hafalan ayat-ayat Allah SWT di samping tadabbur merupakan usaha yang sangat efektif untuk mengecapi roh al-Quran. Natijah istiqamah dalam gerak kerja murni ini akan memberi kekuatan bagi setiap hamba dalam mengharungi mehnah dan tribulasi yang menimpa dalam kehidupan.

Namun persoalannya adakah setiap dari kita berusaha memperoleh nikmat kefahaman dan tadabbur yang dinyatakan dalam setiap tilawah yang dibaca, tidak berusaha memahami dan memikirkan isi al-Quran?

Firman Allah SWT yang bermaksud:

(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran)? (Muhammad: 24)

Berapa ramai pembaca al-Quran yang membaca ayat-ayat al-Quran, namun akhlaknya tidak meneladani akhlak nabi SAW serta kehidupannya jauh dari garapan dan ajaran al-Quran al-Karim. Mereka membaca al-Quran sebagaimana puak al-khawarij membaca al-Quran.

Bacaan al-Quran mereka tidak meruntun dan menyelinap masuk ke dalam hati sanubari dan hanya mengikut desakan hawa nafsu semata-mata.

Tadabbur ayat doa

Mengisi bingkisan bicara sunnah Ramadan al-Mubarak kali ini, melalui kupasan tafsiran ringkas dan beberapa hadis Rasulullah, sama-sama kita mentadabbur intisari ayat doa (al-Baqarah: 186) dalam potongan ayat puasa dalam al-Quran.

Tadabbur bermaksud usaha memahami setiap ayat-ayat al-Quran yang dibaca atau didengar, disertai kekhusyukan hati dan anggota badan seterusnya dibuktikan dengan cara mengamalkannya atau mempraktikkannya.

Kupasan Ringkas

Ayat 186 ini difirmankan oleh Allah SWT setelah ayat perintah berpuasa dan ayat yang menerangkan tentang kelebihan bulan Ramadan, hikmah penurunannya dalam bulan Ramadan serta beberapa hukum berkaitan puasa pada ayat 183,184,185 surah al-Baqarah.

Setelah itu maka datanglah ayat doa iaitu ayat 186 melalui firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul. (al-Baqarah: 186)

Doa: manifestasi keimanan kepada Allah

Doa merupakan manifestasi keimanan kepada Allah SWT. Ia secara psikologi berfungsi sebagai sumber harapan dan motivasi yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia dapat menghadirkan cinta hamba kepada Allah SWT dalam rutin kehidupan sehari-hari pembaca, pada setiap langkah dan tarikan nafas hela pembaca yang mendamba cinta Allah dan Rasul-Nya.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini diletakkan di antara ayat-ayat hukum puasa sebagai petunjuk agar setiap muslim bersungguh-sungguh dalam berdoa setelah menyelesaikan jumlah hari berpuasa dalam sebulan, bahkan anjuran berdoa pada setiap kali waktu berbuka.

Ketika menafsirkan ayat ini Ibn Kathir telah menukilkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abu Hatim yang menyatakan bahawa seorang Arab Badawi bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, adakah Tuhan kita itu dekat dan kita dapat bermunajat kepada-Nya atau Tuhan itu jauh dan kita perlu menyeru-Nya? Rasulullah SAW terdiam seketika dan turunlah ayat ini. (Tafsir Ibn Kathir, al-Imam al-Tabari dalam tafsirnya Tafsir al-Tabari menyebutkan riwayat yang sama seperti yang dibawa oleh Ibn Kathir).

Abu Hurayrah r.a berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tiga golongan yang tidak ditolak doanya iaitu imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka puasa dan doa orang yang dizalimi”. (Riwayat Abu Dawud al-Tayalisi dalam musnadnya)

Daripada Abdullah ibn ‘Amr dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bagi orang yang berpuasa doanya dimakbulkan (diperkenankan) ketika saat berbuka”. (riwayat Abu Dawud al-Tayalisi dalam musnadnya]

Daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a. dia berkata: Kami bersama-sama Rasulullah SAW di dalam perperangan, setiap kali kami menaiki bukit dan mendakinya, serta menuruni lembah, kami akan mengangkat suara dengan bertakbir. Rasulullah SAW mendekati kami dan bersabda: Wahai manusia, bersederhanalah pada diri-diri kamu (tidak terlalu mengangkat suara). Ini kerana kamu tidaklah menyeru sesuatu yang pekak mahupun yang tiada, sesungguhnya yang kamu seru atau doakan adalah yang paling hampir dengan kamu daripada leher unta. Wahai Abdullah ibn Qays hendakkah kamu jika aku ajarkanmu suatu kalimah yang merupakan perbendaharaan syurga? (iaitu) kalimah La Hawla Wa Quwwata Illa Billah. (riwayat al-Bukhari)

Al-Imam Malik r.a meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: Doa seseorang di antara kamu akan dikabulkan selama dia tidak meminta untuk dipercepat dengan mengatakan, “Aku sudah berdoa, namun doaku tidak dikabulkan”. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Anas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT berfirman, Wahai anak Adam, satu untukmu, satu untuk-Ku, dan satu antara Aku dan kamu. Satu empunya-Ku ialah hendaklah kamu menyembah-Ku dan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu. Manakala satu empunyamu ialah apa jua yang kamu amalkan akan Aku tepati. Dan yang satu antara Aku dan kamu ialah, kamu yang berdoa dan Aku yang mengkabuIkannya”. (riwayat al-Imam al-Bazzar)

Sebagai kesimpulan, Ramadan al-Mubarak tidak hanya berfungsi sebagai bulan menjalani ibadah puasa semata-mata. Ia merupakan madrasah intensif dan proses perjalanan seseorang hamba menjalani ibadah puasa dengan iringan doa berterusan di samping menghidupkan amalan-amalan sunat pada setiap malamnya.

Tanpa doa, ibadah yang dilakukan seakan-akan tidak mencapai haknya dan barangkali seorang hamba tidak akan mengecapi sesuatu yang dihajati seperti memohon keampunan dan pembebasan dari azab api neraka pada hari kiamat.

Wallahu A’laam.

7 Ayat Cinta Rasulullah S.A.W.

1.Bismillahirrahmanirahim - disetiap kali sebelum memulakan melakukan sesuatu.

2.Alhamdulillah - setiap klai habiz melakukan sesuatu.

3.Astaghfirullah - jika tersilap terkata sesuatu y buruk.

4.InsyaAllah - jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquawwataillabillah - bila tidak dapat melakukan sesuatu y agak berat @ melihat sesuatu y buruk.

6.Innalillah - jika menghadapi musibah @ melihat kematian.

7.Laailaahaillallah - bacalah disepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya..



Amalkan ayat-ayat ini..semoga Allah melihat Umat-umaut-Nya sentiasa berzikir kepada-Nya..

Plastic bag vs Paper bag

Isnin, 23 Ogos 2010
MILLIONS of plastic bags are now sitting in landfills and garbage cans around the world. Not only does it take years to decompose, but plastic bags that do not make it to the landfill get caught in drains, in the ocean, or affect wildlife.

Growing concern over the waste of plastic and paper bags has many people puzzled over what is the right thing to choose. Here are the facts:

The US uses about 100 billion plastic bags per year according to the EPA, and less than 2% are recycled. Virgin resin used to make the bags costs less than recycled resin, so it’s not very cost efficient to recycle bags.

Most municipalities do not accept the bags in their recycle programs because they can stick up the machines. The average family uses about 1000 plastic bags each year.

Most are used just one time, but about 7% do get reused to line waste cans, pickup dog waste, ect.

Plastic bags do not decompose. The sun photo degrades the bags, meaning that over time, the sun breaks down the plastic into smaller pieces. This actually is not good as the small particles can enter the food chain particularly when the bags litter in the sea and are accidentally mistaken for food by wild life.

In the water, the bags look like jellyfish and are eaten causing choking and sometimes entanglement. Plastic bags kill millions of animals each year. When an animal eats the plastic, it cannot digest it, so the toxins in the plastic remain, which humans can then ingest when they eat the animal.

There is a spot 1000 miles off the coast of San Francisco called the Garbage Patch. It is about twice the size of Texas and can go as deep as 300 feet. It is almost all plastic, and is caught in what is called a gyre. In fact, water samples taken showed six parts plastic to one part plankton of food for the sea life.

Biskut Turki tahan lapar puasa

Ahad, 22 Ogos 2010
ANKARA: Seorang pembuat biskut di wilayah barat laut Edirne, Turki, Arif Meric, mendakwa berjaya menghasilkan biskut khas yang boleh menahan seseorang daripada berasa terlalu lapar ketika berpuasa.


Arif terkenal kerana pernah menawarkan hidangan istimewa kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, ahli gusti sumo, ahli politik dan artis.

Beliau menghasilkan biskut itu khususnya bagi mereka yang menghadapi kesulitan berpuasa meskipun selama beberapa jam selain memudahkan seseorang itu daripada terlalu rasai cuaca hari panas di bulan Ramadan dengan membekalkan tenaga kepada mereka.

Biskut yang dinamakan ‘Sehr-i Ramazan’ itu disifatkan Arif sebagai berkhasiat kerana ia tidak mengandungi tepung, mentega dan garam, lapor agensi berita Anatolia.


“Jika Ramadan berlangsung pada musim panas, seseorang akan berpuasa selama 16 jam sehari dan hilang banyak tenaga. Itu sebabnya kami menghasilkan biskut ini untuk memberikan mereka tenaga.

“Ia mengandungi rempah, madu, kacang pistachio, gula dan putih telur. Pakar kesihatan meminta kita supaya menjauhi mentega, garam dan tepung.

“Ini kerana bahan terbabit akan menyebabkan masalah kesihatan terutama bagi yang berpuasa, kami menghasilkan biskut ini yang akan membuat orang ramai tidak berasa lapar.

“Apabila anda makan hanya sekeping biskut ketika sahur dan berbuka puasa, anda tidak akan berasa lapar sepanjang hari.

“Ini kerana biskut ini adalah sumber tenaga,” katanya sambil menambah sebanyak 259 gram biskut dijual pada harga 5 lira.

Arif yang dikenali sebagai duta sukarelawan pelancongan oleh penduduk di Edirne turut menghantar pes badam dan biskut kepada Rumah Putih melalui Jawa-tankuasa Edirne, yang turut menyertai Majlis Berbuka Puasa Kebangsaan dianjurkan Obama pada 5 Februari 2009.

Beliau juga pernah menawarkan khidmat pemakanan khas kepada ahli gusti sumo yang datang ke bandar terbabit bagi menghadiri pertandingan ‘Kirkpinar Oil Wrestling’ ke-649

UTM Bloggers


Photobucket
Sah Milik : http://mrundercover90.blogspot.com/. Dikuasakan oleh Blogger.