33 tingkat kefahaman mengenai blog

Ahad, 12 Julai 2009



MENYEDARI penggunaan blog kian diterima masyarakat, School of Information Technology Infrastructure (SITI) Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC) , menganjurkan Bengkel Pembangunan Blog Digital, baru-baru ini.

Bengkel sehari itu dihadiri 33 kakitangan dari Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat (PPGHL) dan guru sekolah sekitar Hulu Langat.


Ketua Projek, Robiatul Adawiah Jamaluddin, berkata blog kini medium berkongsi cerita, pendapat, berita dan diari persendirian atas talian.

"Sepanjang bengkel ini, peserta diberikan penerangan dan latihan amali untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran mereka bagi mengubah suai reka bentuk paparan blog yang mereka langgani.

"Mereka juga memperoleh garis panduan mengenai teknik penulisan yang menarik dan berkesan serta etika penulisan atas talian," katanya.

Robiatul yang juga pensyarah SITI, berkata komitmen peserta amat memberangsangkan.

"Saya gembira melihat kesungguhan peserta membuat akaun blog sendiri mengikut kreativiti masing-masing.

"Mereka juga berpeluang menimba pengetahuan baru dengan membuka ruang bertukar pendapat dan berkongsi pengetahuan sesama mereka bukan saja dalam pembinaan blog tetapi dari semua aspek," katanya.

0 Kata Kau:

UTM Bloggers


Photobucket
Sah Milik : http://mrundercover90.blogspot.com/. Dikuasakan oleh Blogger.