Kelebihan formula pintar

Isnin, 13 Julai 2009

BERBEKALKAN gabungan formula pintar, nipis dan pantas, syarikat pengeluar global untuk produk telefon bimbit, Nokia baru-baru ini memperkenalkan model terbarunya, E72.

Menerusi pengenalan penyelesaian perkhidmatan mesej yang komprehensif, telefon bimbit pintar ini ditampilkan dengan papan kekunci QWERTY fungsi penuh.

Kelebihan tersebut bakal menawarkan kecemerlangan pengalaman untuk fungsi e-mel mobiliti dan juga mesej pantas.

Ia secara tidak langsung menjadikan peranti tersebut sebagai pilihan ideal kepada pengguna yang menginginkan produktiviti terbaik dalam aktiviti peribadi dan profesional mereka.

Melihat kepada kejayaan pemasaran bagi produk telefon bimbit siri-E terutama E71, penghasilan model kali ini lebih memberi tumpuan kepada beberapa elemen penting mengikut keperluan pengguna.

Menurut Naib Presiden Nokia, Ilari Nurmi, bagi mengukuhkan prestasi pasaran, pihaknya akan terus berusaha menpertingkatkan keupayaan fungsi telefon bimbit dari semasa ke semasa,'' katanya.

Antara kelebihan yang didatangkan pada model berkenaan adalah keupayaan capaian emel pantas dan kekunci navigasi intuitif untuk kemudahan mengakses aplikasi menu.



Selain itu, fungsi multimedianya juga dipertingkatkan melalui kamera lima megapiksel, dan picu audio 3.5 milimeter (mm).

Untuk pertama kalinya juga, pengguna boleh mengakses aplikasi mesej pantas (IM) terus dari skrin utama menerusi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Nokia Messaging.

Untuk itu, pengguna hanya memerlukan beberapa langkah sahaja untuk berhubung dengan akaun IM kegemaran mereka seperti Yahoo! Messenger, Google Talk dan juga Ovi.

Fungsi tersebut juga secara tidak langsung memberi kelebihan kepada pengguna untuk mengakses kandungan emel melalui paparan antara muka pengguna mudah.

Kelebihan lain E72 adalah seperti fungsi pelupusan bunyi bising, lampu suluh, sistem penentu kedudukan global terbantu (A-GPS) serta aplikasi Microsoft Office 2007 untuk bantuan kemudahan kerja-kerja pejabat.

0 Kata Kau:

UTM Bloggers


Photobucket
Sah Milik : http://mrundercover90.blogspot.com/. Dikuasakan oleh Blogger.