SKUAD negara mengakhiri kemarau 20 tahun pingat emas dengan penuh bergaya selepas membenam keegoan Vietnam menerusi kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA, semalam.
Bagi anak-anak buah jurulatih, K. Rajagobal, mereka bukan sahaja berjaya membalas dendam kekalahan 1-3 di tangan Vietnam pada peringkat kumpulan lalu, malah menerima penghormatan menjadi sukan yang menyumbang pingat emas ke-40 buat kontinjen negara pada temasya kali ini.
Walaupun gol kemenangan disumbang jaringan sendiri pemain Vietnam, keseluruhannya skuad negara berjaya mempamerkan kerjasama sepasukan dan komitmen tinggi sehingga terhasilnya jaringan emas itu pada minit ke-83.
Kemenangan itu turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan sekumpulan kecil penyokong Malaysia yang terpaksa berada di tengah ribuan penyokong Vietnam yang membanjiri stadium.
Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan SEA ialah pada temasya 1989 di Kuala Lumpur dengan menewaskan Singapura 3-1.
Usah terlalu ghairah: Rajagobal
Tulisan Tangan by
Unknown
at
12/16/2009 08:18:00 PTG
Rabu, 16 Disember 2009
'Elak tekanan berlebihan, mereka perlu sedikit masa untuk benar-benar gah'
KETIKA ini, semuanya ghairah memperkatakan mengenai skuad negara. Ramai yang tidak sabar untuk melihat Malaysia akhirnya kembali ke persada bola sepak serantau dengan gapaian pingat emas kali ini.
Namun semua itu tampak sedikit menggelisahkan pengendali, K Rajagobal. Baginya, apa yang disaksikan di Vientiane kali ini bukan 'barangan sudah sempurna.'
"Mesej saya kepada penyokong negara ialah supaya kita dapat bersabar. Apa yang dapat dilihat ketika ini ialah ada sesuatu dalam pasukan ini. Untuk mara sejauh ini adalah satu pencapaian dan pujian harus kita berikan kepada pemain.
"Ketika ini, apa yang amat penting ialah untuk kita semua memberikan segala bantuan dan sokongan, tidak kira apa keputusan sekalipun di final nanti. Saya harap tiada tekanan tinggi diletakkan ke bahu mereka.
"Apa yang sudah mereka lakukan, kita patut berbangga. Cuma, pasukan ini masih perlukan masa. Ketika saya terima tanggungjawab dahulu, saya minta diberikan tiga tahun. Ada peningkatan yang kelihatan, tetapi masih juga ada kelemahan yang perlu diperbaiki lagi," katanya.
Malah Rajagobal mahu melihat Vietnam selaku barisan pilihan apabila kedua-dua pasukan bertemu di final, esok tambahan pula selepas skuad bimbingan Henrique Calisto itu berjaya menewaskan pasukan kendaliannya 3-1 di peringkat kumpulan sebelum ini.
Cuma, itu tidak bermakna Rajagobal sudah sedia untuk menyerah kalah.
"Segalanya kini terpulang kepada pemain. Kita sudah sampai ke sini, mereka kini perlu ada keyakinan dan kepercayaan bahawa ianya mampu dilakukan. Ini peluang terakhir, apa sahaja boleh berlaku.
"Ketika ini, keyakinan saya masih kuat untuk mereka," katanya.
Laluan menanti memang tidak akan mudah, tetapi seperti ditegaskan Rajagobal, anak buahnya tidak akan menjadikannya mudah buat Vietnam - dalam memburu pengiktirafan selaku pasukan terbaik pada temasya kali ini.

Langgan:
Catatan (Atom)
Sah Milik : http://mrundercover90.blogspot.com/. Dikuasakan oleh Blogger.
About Me
My Status
The Undercover Blogger
Total Pageviews
DREAMZ
Gossip!!!
Without right click..
Facebook Badge
Dikuasakan oleh Blogger.