Tau tak ape beza "KHALIFAH" dengan "RAJA"

Jumaat, 16 Julai 2010
Apabila sahabat Umar bin Khattab menggantikan Abu Bakar, timbullah kecelaruan mengenai gelar yang akan dipanggilnya. Abu Bakar dipanggil "Khalifatu Rasulillah" yakni Pengganti Rasulullah. Pada mulanya Umar juga dipanggil dengan panggilan yang sama. Gelaran tersebut sukar untuk diucapkan dan sering tersasul apabila orang yang mengucapnya, di samping terlalu panjang. Maka akhirnya Umar bin Khattab dipanggil "Amirul Mukminin".

     "Apakah aku ini Raja atau Khalifah?" kata Umar suatu hari setelah menjadi Khalifah.

     "Jika engkau menerima satu dirham dari milik kaum Muslimin atau kurang daripada itu, kemudian diletakkan pada yang bukan haknya, maka engkau adalah Raja bukan Khalifah." kata Salman.

     Kata-kata itu dijadikan pelajaran oleh Umar.

     Sufyan bin Abil Arja menceritakan bahawa pada suatu hari Umar berkata: "Demi Allah, aku tidak tahu, sama ada aku ini Khalifah atau Raja? Jika aku seorang raja, maka ini adalah suatu malapetaka."

    "Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya di antara kedua-duanya itu ada perbezaan." kata orang yang hadir.

    "Apa bezanya?" tanya Umar.
   
    "Khalifah tidak mengambil kecuali dengan hak, dan meletakkannya pada perkara yang hak pula. Adapun engkau, alhamdulillah engkau adalah seperti itu. Adapun Raja menipu manusia dan mengambil dari ini lalu diberikan kepada itu."

    Mendengar itu Umar diam.

0 Kata Kau:

UTM Bloggers


Photobucket
Sah Milik : http://mrundercover90.blogspot.com/. Dikuasakan oleh Blogger.