Alasan Si Bakhil

Rabu, 14 Julai 2010
DA'BAL bin Ali Al-Khuzai adalah seorang penyair dan pelawak yang wafat pada tahun 246 H. Pada suatu hari dia hadir ke rumah Sahl bin Harun Al-Katib yeng terkenal sangat bakhilnya. Apabila sampai waktu makan tengahari, Sahl memanggil pelayannya agar menyiapkan makanan. Lalu dihidangkan kepada mereka seekor ayam pencen yang sangat keras sehingga tidak dapat dipotong dengan pisau yang tersedia melainkan setelah dikerat kuat-kuat, dan tidak ada gigi sesiapa pun yang sanggup menggigitnya dalam suasana bertamu seperti itu. Ayam tersebut dihidangkan tanpa kepala.

       "Celaka engkau apa yanh telah engkau buat? Kemana kepala ayam ini? tanya Sahl kepada si tukang masak.

       "Aku ingat tuan tidak mahu memakannya, jadi aku membiarkannya saja."

       "Masya Allah, sekiranya tidak ada kedua-dua kakinya saja sudah pasti cacat, bagaimana pula kalau tidak ada kepalanya? Sedangkan pada kepala itulah letaknya pancaindera yang empat, dari kepalanya pula terdengar suara, kedua-dua matanya juga terdapat pada kepalanya, dapat mengenal sesuatu juga pada kepalanya. Ia adalah bahagian yang berkat dan tulang kepalanya pula paling lembut. Jika engkau tidak suka memakannya, bawalah ia ke sini."

        "Tapi kepalanya sudah tidak ada." kata si tukang masak.
       
        "Kemana?" tanya si Sahl.

        "Aku sendiri tidak tahu entah kemana." jawab si tukang masak.

        "Aku tahu," kata Da'bal si penyair.

        "Ada di mana?" tanya si tukang masak.

        "Ada di dalam perutmu. Betul, kan?"

       Si tukang masak hanya diam saja. Kemudian Da'bal mendendangkan serangkap sajak menyindir kebakhilan Sahl bin Harun Al-Katib.

0 Kata Kau:

UTM Bloggers


Photobucket
Sah Milik : http://mrundercover90.blogspot.com/. Dikuasakan oleh Blogger.