AFIYAH bin Yazid (Wafat pada tahun 180 Hijrah) adalah salah seorang Kadi di zaman Khalifah Al-Mahdi. Beliau yang terkenal sangat warak itu pernah dihadapkan kepada Khalifah Harun Ar-Rasyid kerana fitnah seseorang. Berlangsunglah sesi soal jawab yang panjang di antara Afiyah dengan Khalifah yang ingin membuktikan sama ada tuduhan ke atasnya betul atau palsu. Setiap soalan yang dikemukakan oleh Ar-Rasyid, selalu dijawab oleh Afiyah yang membela diri.
Khalifah terbatuk-batuk dan bersin disebabkan kerana terlalu lamanya persidangan.
"Hasysyim.............!" kata Khalifah.
"Yarhamukallah......." kata mereka yang hadir.
Semua orang yang ada di dalam majlis tersebut mendoakan Khalifah serta merta sebaik saja beliau bersin. Hanya seorang saja yang tidak mahu berbuat demikian, bahkan dia adalah orang yang sedang disiasat yakni Afiyah bin Yazid, sehingga Khalifah murka kepadanya.
"Hai Afiyah! Mengapa engkau tidak mendoakan aku sebagaimana orang ramai ini?" tanya Khalifah.
"Bagaimana aku akan mendoakan tuanku, sedangkan tuanku sendiri tidak memuji Allah ketika bersin." jawab Afiyah sambil menunjukkan hadis yang berkenaan dengan perkara tersebut.
Setelah berfikir sekejap, barulah Khalifah sedar bahawa dirinya tidak mengucapkan "Alhamdulillah" ketika bersin sebagaimana yang dituntut oleh syara'.
"Baliklah san kembalilah engkau pada tugasmu semula. Demi Allah, aku yakin engkau tidak berbuat seperti yang dituduhkan orang terhadapmu. Engkau tidak mahu mendoakanku bersin hanya kerana aku tidak mengucapkan "Alhamdulillah", apa lagi akan berbuat seperti yang difitnahkan orang terhadapnya.


Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sah Milik : http://mrundercover90.blogspot.com/. Dikuasakan oleh Blogger.
About Me
My Status
The Undercover Blogger
Total Pageviews
DREAMZ
Gossip!!!
Without right click..
Facebook Badge
Dikuasakan oleh Blogger.
Love Quote
"~Tuhan tidak semestinya memberikan apa yang kita mahu,
Tetapi Tuhan pasti memberikan apa yang kita perlu~"
Blog Archive
-
▼
10
(155)
-
▼
Jul 11
(15)
- Kisah lima perkara aneh
- Hikmah tinggalkan bohong
- Solat dan lima jenis manusia
- Misi besar Oranje, La Rojas julang Piala Dunia per...
- Sya’aban dan kelebihannya
- KELEBIHAN BULAN SYABAAN
- Keluhan Uda & Dara
- Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar
- Benarlah Cinta Itu Buta - Sains Membuktikannya
- Kenapa Tak Rogol Saya?
- Alasan Si Bakhil
- Bulan Yang Terbelah
- Tau tak ape beza "KHALIFAH" dengan "RAJA"
- Jika ingin melihat Syaitan
- Bersin Penyelamat
-
▼
Jul 11
(15)
0 Kata Kau:
Catat Ulasan