KERJA-KERJA meruntuhkan menara kawalan dan tembok Penjara Pudu dimulakan pada jam 10 malam tadi oleh kontraktor yang dilantik DBKL.
KUALA LUMPUR: Penjara Pudu yang menyimpan pelbagai kisah sejarah banduan sejak lebih 100 tahun lalu mula diruntuhkan malam tadi apabila kontraktor dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan kerja-kerja merobohkan tembok kandang besinya.
Kerja merobohkan tembok sepanjang kira-kira 300 meter itu akan dijalankan setiap malam mulai malam tadi hingga esok. Kerja merobohkan itu dijalankan bagi membina laluan bawah tanah Jalan Pudu yang dijangka siap pada 2012.
Sepanjang kerja dijalankan orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif disebabkan hanya separuh jalan akan dibuka manakala separuh laluan lagi digunakan untuk kerja meruntuh tembok
Pemecahan tembok itu yang pernah dicatatkan sebagai lukisan mural terpanjang di dunia dilakukan untuk pelaksanaan projek laluan bawah tanah bagi menyambung Jalan Hang Tuah dan Jalan Imbi sebagai langkah penyuraian trafik.
Ratusan orang datang untuk menyaksikan kerja meruntuhkan Penjara Pudu yang dianggap salah satu monumen bersejarah negara, mengambil serpihan tembok batu itu untuk dijadikan cenderamata
0 Kata Kau:
Catat Ulasan