Jika Mark Zuckerberg boleh berbangga dengan kejayaan laman sosial Facebook ciptaannya, Omer Zaheer Meer juga bakal menjejaki langkah Mark dengan penciptaan laman Facebook Islam iaitu MillatFacebook. MillatFacebook hampir menyerupai Facebook dari segi designnya, namun itu bukanlah persoalannya. Mungkin MillatFacebook ini sebagai laman sosial alternatif untuk umat Islam dan memboikot Facebook. Tidak mustahil dengan kehadiran MillatFacebook ini mampu memberi impak kepada Facebook. Sama-sama kita nantikan. Jika anda berminat, bolehlah mendaftarkan diri di MillatFacebook: http://www.millatfacebook.com/.
“MillatFacebook helps you connect and share with more than 1.57 Billion Muslims and Sweet people from other Religions.”
Keburukan penggunaan Facebook ialah dari segi privasi. Facebook sesuka hati mendedahkan maklumat peribadi pengguna seperti nama, umur, tempat tinggal dan pekerjaan kepada advertisers (pengiklan-pengiklan). Facebook juga banyak meraih keuntungan melalui iklan-iklan di Facebook. Jika tidak mahu duit dilaburkan kepada pihak Yahudi, sama-sama lah kita sokong MillatFacebook yang dicipta bagi memenuhi keperluan sosial orang Islam terutamanya di Pakistan.
Facebook lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan jika disalahgunakan. Saya sendiri dah join MillatFacebook. Boleh tahan la, lebih kurang macam Facebook je. Sekarang ni, MillatFacebook sedang upgrade server kerana penggunanya kini mencecah 90,000 orang dalam masa beberapa hari je!
0 Kata Kau:
Catat Ulasan