Berdoa minta wanita cantik..

Khamis, 22 Julai 2010
ALLAH s.w.t telah berfirman yang maksudnya:

     "Berdoalah engkau kepada-Ku, nescaya aku perkenankan engkau."

Setiap orang yang berdoa kepada Allah akan memperolehi apa yang diminta, jika Allah menghendakinya. Demikianlah yang terjadi pada diri seorang putera Sahabat Rasulullah s.a.w. Mus'ab bin Zubair.

Diceritakan bahawa Mus'ab bin Zubair bin Awwam adalah seorang yang sangat suka kepada wanita yang cantik. Banyak kisah mengenainya yang diceritakan di dalam buku sejarah bahawa beliau mempunyai beberapa isteri yang cantik-cantik belaka. Seorang periwayat menceritakan bahawa pada suatu ketika telah berkumpul di sisi Hajar Aswad beberapa orang putera sahabat terkenal, di antaranya Abdullah bin Umar dan Mus'ab bin Zubair.

"Di tempat yang mustajab ini, marilah kita berdoa kepada Allah meminta agar dipenuhi hajat masing-masing." kata sebahagian di antara mereka.

"Baiklah." kata yang lain.

Maka mereka pun berdoa dengan memanjatkan permohonan masing-masing kepada Allah. Abdullah bin Umar memohon kepada Allah agar dikurniakan keampunan dan orang yang lain meminta hajatnya masing-masing.

Apa yang dipinta Mus'ab kepada Allah ketika itu? Beliau telah meminta kepada-Nya agar dapat memperisterikan Sakinah binti Husain dan Aisyah binti Talhah. Kedua-duanya adalah merupakan wanita yang tercantik pada zamannya. Selain itu Mus'ab berdoa juga agar dapat memperisterikan wanita-wanita Iraq yang cantik lainnya. Allah telah memperkenankan doa Mus'ab. Beliau telah mengahwini Aisyah binti Talhah dengan mas kahwin 100,000 dinar. Aisyah binti Talhah memang wanita yang paling cantik jelita ketika itu, sehingga orang yang berhasil memikat hatinya sanggup membayar mahar seberapa saja banyaknya. Kebetulan Mus'ab juga memang berwajah bagus. Demikian juga isteri-isteri Mus'ab yang lain adalah cantik-cantik belaka.

Abdurrahman menceritakan dari ayahnya bahawa pada suatu masa telah berkumpul di Hajar Aswad Mus'ab bin Zubair, Urwah, Abdullah bin Zubair dan Abdullah bin Umar (Ibnu Umar).

"Aku bercita-cita ingin menjadi Khalifah." kata Abdullah bin Zubair.

"Aku bercita-cita ingin menguasai ilmu pengetahuan yang luas." kata Urwah.

"Aku bercita-cita ingin mempunyai wanita Iraq dan mengumpulkan Aisyah binti Talhah dan Sakinah binti Husain sebagai isteri saya yang dimadu." kata Mus'ab bin Zubair.

"Aku hanya ingin agar Allah memberikan keampunan kepadaku." kata Ibnu Umar.

Dikemudian hari, semua impian mereka tercapai. Abdullah bin Zubair dapat menjadi Khalifah di Makkah selama beberapa tahun. Urwah menjadi seorang ulama' besar, pakar Hadis, pakar Feqah dan menjadi tumpuan orang belajar. Permintaan Mus'ab juga terkabul. Beliau dapat mengahwini Aisyah binti Talhah dan Sakinah binti Husain di samping isteri-isterinya yang lain yang tak kalah cantiknya.

Adapun Ibnu Umar, Allah telah memberikan anugerah keampunan kepada beliau.

*p/s: Berdoa dan memintalah kepada yang Maha Esa, yakni Allah s.w.t.
Sesungguhnya tiada yang berkuasa melainkan-Nya....
Allahuakbar...Allah Maha Besar 

0 Kata Kau:

UTM Bloggers


Photobucket
Sah Milik : http://mrundercover90.blogspot.com/. Dikuasakan oleh Blogger.