Malaysia gesa Israel tidak cederakan sukarelawan kapal Rachel Corrie

Jumaat, 4 Jun 2010
Malaysia menggesa Israel agar tidak mengambil sebarang tindakan drastik yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap sukarelawan yang menaiki kapal bantuan kemanusiaan MV Rachel Corrie.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata pihak berkuasa Israel harus memastikan laluan selamat kapal itu belayar ke Gaza untuk menghantar kargo bantuan kemanusiaan rakyat Palestin.

Beliau berkata tidak ada alasan bagi Israel untuk mengesyaki kapal itu akan menimbulkan ancaman keselamatan memandangkan penumpang kapal itu terdiri daripada wakil badan bukan kerajaan, Anggota Parlimen, pemenang anugerah Novel dan wartawan.

Enam rakyat Malaysia yang berada di kapal itu adalah Anggota Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal dan Ahmad Faizal Azumu, peguam Matthias Chang dan dua wakil media dari stesen TV3 wartawan Abdul Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.

Seramai 12 rakyat Malaysia yang berada di kapal itu selamat dan kini berada di Jordan untuk menunggu berlepas pulang ke tanah air Ahad ini.

Bagaimanapun, beberapa sukarelawan dari negara-negara lain telah terbunuh dalam serangan berdarah itu.

0 Kata Kau:

UTM Bloggers


Photobucket
Sah Milik : http://mrundercover90.blogspot.com/. Dikuasakan oleh Blogger.