PENJAGA gol Afrika Selatan, Itumeleng Khune berjaya menggagalkan percubaan Guillermo Franco.
JOHANNESBURG: Siphiwe Tshabalala mencipta bangga buat diri selaku penjaring pertama dalam Piala Dunia 2010 tetapi sumbangan itu belum cukup untuk Afrika Selatan yang berwajah muram selepas seri 1-1 ketika menentang Mexico dalam perlawanan pembukaan, malam tadi.
Tshabalala merembat masuk sepakan padu kaki kiri pada minit ke-55 melepasi jangkauan penjaga gol Mexico, Oscar Perez tetapi pemain pelawat, Rafael Marquez menafikan pesta untuk tuan rumah dengan jaringan penyamaan 11 minit sebelum tamat permainan di Stadium Soccer City yang disaksikan lebih 85,000 penonton.
Apapun, Afrika Selatan jelas tertekan dengan asakan Mexico yang membuat kemunculan ke-14 dalam Piala Dunia apabila mendominasi dan mencipta peluang lebih baik pada 45 minit pertama.
Selepas rehat, jalan ceritanya berbeza dengan tuan rumah berjaya mendapat suntikan semangat dan inspirasi penyokong mereka yang enggan menerima kekalahan di bumi sendiri.
0 Kata Kau:
Catat Ulasan