Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya.
Tolong bgtahu si dia, cinta agung adalah cintaNya.
Tolong bgitahu si dia, cinta manusia bAkal membuatnya alpa.
Tolong nsihati si dia, jgn menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa.
Tolong nasihati si dia, jgn mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu-bapanya.
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ALLAH krn di situ ada syurga.
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu- bapa kerana di telapak itu syurganya.
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa.
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya.
Tolong tegur si dia bila dia mula mengagungkan cinta manusia.
Tolong tegur si dia bila dia tenggelam dalam angan- angannya.
Tolong tegur si dia andai nafsu mengawal fikirannya.
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik Yang Maha Esa.
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga.
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar pada keluarganya.
Tolong sabarkan si dia andai diri ini enggan di rapati kerana menjaga batasan cinta.
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambahnya rindunya.
Tolong pesan kepadanya aku tidak mahu menjadi fitnah kepadanya.
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kepada kegagalannya.
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya.
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia.
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita- citanya.
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku.
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan Cinta suci yang tejaga.
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana ALLAH tidak ternilai harganya.
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.
Tolong sampaikan kepada si dia kerana AKU TIDAK MAMPU MEMBERITAHUNYA SENDIRI.
CINTA
Lahirnya dari dua hati. Hadirnya tanpa dipaksa.
Ya ALLAH Ya Tuhanku,
Telah datang padaku seorang insan yang mengetuk pintu hati ini,
Sekiranya dia adalah jodohku yang terbaik,
Yang telah Engkau tetapkan buatku sejak dari kandungan ibuku lagi,
Maka permudahkanlah urusanku,
Urusan dia dan permudahkanlah urusan kami berdua.
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya ALLAH Ya RAHIM,
Lindungilah imanku Ya Allah,
Lindungilah iman dia Ya Allah,
dan lindungilah iman kami berdua sepanjang perhubungan ini,
Amin Ya Rabbal Alamin.
CINTA~
Karya indah Sang Pencipta,
Dimulakan di syurga,
Di rasukkan dalam jiwa Adam dan Hawa,
Lalu dianak- pinakkan ke setiap jiwa dengan kadar yang berbeza.
Cinta sebenarnya tidak buta,
Cinta adalah luhur dan diperlukan.
Yang buta adalah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan.
CINTA, MENCINTAI atau DICINTAI itu adalah lumrah sifat kejadian manusia.
Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri.
Pilihan adalah terpulang kepada kita,
Jika pilihan berlandaskan agama, pasti hasilnya diberkati,
dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan.
Jangan tertarik kepada seseprang kerana parasnya, sebab keelokkan paras dapat menyesatkan.
Jangan pula tertarik kepada kekayaan kerana kekayaan dapat memusnahkan,
Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari- hari yang gelap menjadi cerah :D
0 Kata Kau:
Catat Ulasan