Memang sukar untuk orang lain
percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu
saya memang seorang pembohong!!
Sepanjang ingatan saya
sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi
saya. Saya perlu catatkan segala
pembohongan itu untuk dijadikan renungan
anda sekalian.
Cerita ini bermula ketika saya masih
kecil. Saya lahir sebagai seorang anak
lelaki dalam sebuah keluarga miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami
sering kelaparan. Adakalanya, selama
beberapa hari kami terpaksa makan
berlaukkan ikan masin dikongsi satu
keluarga. Sebagai anak yang masih kecil,
saya sering saja merungut. Saya menangis
mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi
ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu
sering membahagikan bahagian nasinya
untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke
mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah
nak ibu tak lapar." € ¦’¶ PEMBOHONGAN
IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih
sering meluangkan watu senggangnya untuk
pergi memancing di tali air berhampiran
rumah. Ibu berharap dari ikan hasil
pancingan itu dapat memberikan sedikit
makanan untuk membesarkan kami
adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu
memasak gulai ikan yang segar dan
mengundang selera. Sewaktu saya memakan
gulai ikan itu ibu duduk disamping kami
dan memakan sisa daging ikan yang masih
menempel di tulang daripada bekas sisa
ikan yang saya makan tadi. Saya sedih
melihat ibu seperti itu.. Hati saya
tersentuh lalu dengan menggunakan sudu
saya memberikan ikan itu kepada ibu.
Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu
berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka
makan ikan." € ¦’¶ PEMBOHONGAN IBU YANG
KEDUA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah
menengah. Ibu pergi ke kedai dengan
membawa sejumlah penyapu lidi dan
kuih-muih untuk menyara persekolahan
saya,abang dan kakak. Suatu dinihari
lebih kurang pukul 1.30 pagi saya
terjaga dari tidur. Saya melihat ibu
membuat kuih dengan beremankan sebuah
pelita di hadapannya. Beberapa kali saya
melihat kepala ibu terhangguk kerana
mengantuk. Saya berkata : "Ibu,
tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun
pula." Ibu tersenyum dan berkata :
"Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk
lagi." € ¦’¶ PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu
meminta cuti kerja supaya dapat menemani
saya pergi ke sekolah untuk menduduki
peperiksaan penting. Ketika hari sudah
siang, terik panas matahari mulai
menyinari, ibu terus sabar menunggu saya
di luar dewan. Ibu seringkali saja
tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit
berdoa kepada Illahi agar saya lulus
ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika loceng berbunyi menandakan ujian
sudah selesai, ibu dengan segera
menyambut saya dan menuangkan kopi yang
sudah disiapkan dalam botol yang
dibawanya. Kopi yang kental itu tidak
dapat dibandingkan dengan kasih sayang
ibu yang jauh lebih kental. Melihat
tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya
segera memberikan cawan saya itu kepada
ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu
cepat-cepat menolaknya dan berkata :
"Minumlah nak, ibu tak haus!!" € ¦’¶
PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit,
iaitu selepas saya baru beberapa bulan
dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas
sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu
bekerja mengambil upah di kebun, membuat
penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar
kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat
kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga
kami semakin susah dan susah. Melihat
keadaan keluarga yang semakin parah,
seorang pakcik yang baik hati dan
tinggal berjiran dengan kami, datang
untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak
bantuan itu. Jiran-jiran sering kali
menasihati ibu supaya menikah lagi agar
ada seorang lelaki yang akan menjaga dan
mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi ibu yang keras hatinya tidak
mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata
: "Saya tidak perlukan cinta dan saya
tidak perlukan lelaki." € ¦’¶
PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar
dan mula bekerja, ibu sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh ibu supaya
berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah
lagi bersusah payah dan bersengkang mata
untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak
mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap
pagi menjual sedikit sayur untuk
memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan
abang yang bekerja jauh di kota besar
sering mengirimkan wang untuk membantu
memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu
tetap berkeras tidak mahu menerima wang
tersebut. Malahan ibu mengirim balik
wang itu dan ibu berkata : "Jangan
susah-susah, ibu ada duit." € ¦’¶
PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti,
saya melanjutkan lagi pelajaran ke
peringkat sarjana di luar Negara.
Pengajian saya di sana dibiayai
sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan
cemerlang,kemudian saya pun bekerja
dengan syarikat yang telah membiayai
pengajian saya juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya
berhajat membawa ibu untuk menikmati
penghujung hidupnya di luar negara. Pada
pandangan saya, ibu sudah puas bersusah
payah untuk kami. Hampir seluruh
hidupnya habis dengan penderitaan,
eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu
habiskan dengan keceriaan dan keindahan
pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak
ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan
anaknya ini dengan berkata ; "Tak
payahlah, ibu tak biasa tinggal di
negara orang." € ¦’¶ PEMBOHONGAN IBU
YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin
tua.. Suatu malam saya menerima berita
ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti
dibedah secepat mungkin. Saya yang
ketika itu berada jauh diseberang
samudera terus segera pulang untuk
menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat
ibu terbaring lemah di katil hospital
setelah menjalani pembedahan. Ibu yang
kelihatan sangat tua, menatap wajah saya
dengan penuh kerinduan. Ibu
menghadiahkan saya sebuah senyuman
biarpun agak kaku kerana terpaksa
menahan sakit yang menjalari setiap inci
tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan
jelas betapa seksanya penyakit itu telah
memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi
terlalu lemah dan kurus. Saya menatap
wajah ibu sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup
pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati
saya terlalu pedih, sakit sekali melihat
ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi
ibu tetap tersenyum dan berkata :
"Jangan menangis nak, ibu tak sakit." €
¦’¶ PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
Setelah mengucapkan pembohongan yang
kelapan itu, ibunda tercinta menutup
matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu
dan ayah. Anda boleh memeluk dan
menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari
mata, anda boleh menelefonnya sekarang,
dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.'
Tapi tidak saya. Sehingga kini saya
diburu rasa bersalah yang amat sangat
kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih
dari segala-galanya, tapi tidak pernah
sekalipun saya membisikkan kata-kata itu
ke telinga ibu, sampailah saat ibu
menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu...
[46.15] Dan Kami wajibkan manusiaberbuat baik kepada kedua ibu bapanya;ibunya telah mengandungnya denganmenanggung susah payah dan telahmelahirkannya dengan menanggung susahpayah. Sedang tempoh mengandungnyabeserta dengan tempoh menceraikansusunya ialah dalam masa tiga puluhbulan. Setelah ia besar sampai keperingkat dewasa yang sempurnakekuatannya dan sampai ke peringkat umurempat puluh tahun, berdoalah ia denganberkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlahdaku supaya tetap bersyukur akannikmatmu yang engkau kurniakan kepadakudan kepada ibu bapaku, dan supaya akutetap mengerjakan amal soleh yang Engkauredai; dan jadikanlah sifat-sifatkebaikan meresap masuk ke dalam jiwazuriat keturunanku. Sesungguhnya akubertaubat kepadamu, dan sesungguhnya akudari orang-orang Islam (yang tundukpatuh kepadamu)". masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
0 Kata Kau:
Catat Ulasan