Buat Mu pendampingku

Isnin, 20 Jun 2011
Buat sidia ....Sekiranya dirimu jua resah menanti kehadiranku, maka berdoalah kepada ALLAH dan mintalah kepadaNYA kerana aku ini insan yang hina dan ALLAH adalah pemillik nyawaku... memohonlah pada DIA yang lebih berhak

sekiranya dirimu juga mencari siapa diriku maka muhasabahlah dirimu.. Mengapa ALLAH swt tidak mempertemukan kita lagi... adakah kerana kita masih belum cukup? Ataupun diriku dan dirimu masih punya tanggungjawab yang belum selesai dalam perjuangan dakwah?

sekiranya dirimu masih bertanya siapa diriku, maka mohonlah petunjuk dari ALLAH swt... adakah benar diriku adalah pilihanmu kerana ALLAH atau kerana penyakit cinta dunia semata mata? Sekiranya kau menginginkan kecantikan, ketahuilah bahawa jika dirimu benar benar cintakan ALLAH, kau akan meyakini bahawa segala ciptaan ALLAH itu cantik, sekiranya dirimu ingin keturunan yang baik, ketahuilah bahawa iman itu tidap dapat diwarisi, sekiranya dirimu inginkan yang berharta ketahuilah harta itu sedikit sebanyak akan merencat perjuangan dakwahmu namun jika kau ingin yang beragama, persiapkanlah dirimu terlebih dahulu kerana kaulah yang bakal menjadi imam buat baitul muslim mu

sekiranya dirimu masih mengharap kehadiranku, serahkanlah hatimu kepada ALLAH swt, nescaya akan diberikan pemilik terbaik....kerana yakinlah ALLAH itu adil. Jika yang kau cari kesempurnaan, maka carilah kesempurnaan itu di sisi ALLAH, kerana dirimu itu pasti mendapat jawapannnya..

Milikilah hatiku dengan izin ALLAH, milikilah cintaku keranaNYA, miliki diriku kerana agamaNYA dan milikilah jiwaku keranaNYA.


sekiranya dirimu telah berasa siap.....maka dapatilah diriku............. hanya kerana ALLAH..

0 Kata Kau:

UTM Bloggers


Photobucket
Sah Milik : http://mrundercover90.blogspot.com/. Dikuasakan oleh Blogger.