olny srmat poeple can raed tihs!!!

Ahad, 18 Disember 2011
    cdnuolt blveiee taht I cloud aulaclty uesdnatnrd wath I was rdanieg. 
    The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, 
    aoccdrnig to a rscheearch at Cmabridge Uinervtisy,  
    it deosn't mttaer in waht oredr the ltteers in a wrod are,
    the olny iprmoatnt tihng is taht  the frist and lsat ltteer be in the rghit pclae.
    The rset can be a taotl mses and you can sltil raed it wouthit a porbelm.

    Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef,
    but the wrod as a wlohe.
    Amzanig huh?
    Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!
    If you can raed tihs psas it on ;)

kantoi..

Ahad, 11 Disember 2011
boy : hye baby..
girl : hye.. sorry sape ni? act sume contact
lam fone hilang la. ni sape ek?
boy : boyfiee awak laa..
girl : hafiz! ♥
boy : zaid :)
girl : demnn! >.<

huhh! bg korang pengajaran ape yg dapat dalam situasi ni??

Rest Your Mind!!!

Khamis, 8 Disember 2011
FAILED!! - Pepatah Mengarut -Mz⊙

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit,
manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... bisu
17. Hidup segan, mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selembar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail
di laut (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik
hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh belah

Credit>>Jap!

‎"Couple"

Rabu, 7 Disember 2011
"Simple word, but have a lot of meaning and problem"


Hukum berduaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah haram . Perbuatan ini juga haram kepada mereka yang sudah bertunang kerana hadis Rasulullah yang direkodkan Bukhari bermaksud : " Jangan berdua - duaan perempuan dengan lelaki melainkan ditemani oleh mahramnya . "

Jadi , kesumpulannya ialah berpasangan tanpa nikah adalah haram dalam Islam . Couple adalah budaya Yahudi ...dan Nasrani , mula diterima oleh orang Islam yang jahil dengan hukum agama .

Zina mata bermaksud melihat perkara yang haram di sisi syarak seperti melihat lelaki akan perempuan yang bukan mahramnya seperti pasangan yang sedang bercinta sekarang ini .

( Rujukan dari buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa . )

Difference between IDE and SATA?

Isnin, 5 Disember 2011
Q:
Hi,
I was wondering what the difference is between and IDE hardrive and a SATA one was. I understand that higher RPM's boost performance. I'd also like to know what the significance is of a 8 meg cache, or a 16 meg cache, and if the latter boasts an advantage over the former.
Thanks

A:    
1.
TechSpot Forces Special


IDE uses the big 40/80 pin ribbons. SATA uses much smaller ones.
 
Higher RPM usually means faster access times, but perhaps not in all cases.8 Meg cache is about all you'll ever need for today's stuff, 16 is more of a marketing thing for people that think they need 16 to look cool. The difference in your everyday useage will not be noticable.

2.
TechSpot Paladin
 

 SATA drives are designed to reduce the bottleneck between the CPU, PCI and other components which trade data much faster.Present ATA rating is 150 where as ATA 133 is the fastest of the IDE drves.Most new Motherboards offer connections to both.Also ATA 300 SATA drives are supposed to be availible soon if not presently.You should realize that you may not have a real noticable difference in a machine between ATA 133 IDE and ATA 150 SATA the difference is negligible.

TARIKH LAHIR KERAMAT!!

Khamis, 1 Disember 2011
Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Hukum Membaca Doa Awal Tahun Dan Akhir Tahun

Sabtu, 26 November 2011
Awal Muharram merupakan merupakan bermulanya tahun baru di dalam kalender Islam. Masyarakat kita telah didedahkan semenjak zaman berzaman lagi upacara membaca doa awal tahun dan akhir tahun. Yang agak sedihnya adalah terdapatnya semacam janji syaitan kepada si pengamal doa ini bahawa : 

“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.” dan juga “Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan”.

Kata-kata siapakah ini? Apakah kata-kata dari manusia biasa boleh dijadikan sebagai hujah fadilat sesuatu amalan lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan dengan aqidah? Sudah tentu sekali tidak boleh sama sekali. Perkara yang berkaitan dengan fadilat amal, dosa, pahala dan semua perkara yang berkaitan dengan akidah tidak boleh berhujah atau diambil dari kata-kata manusia biasa yang tidak maksum, meskipun ia merupakan seseorang yang begitu alim dan warak di dalam selok belok agama. Hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang berhak.

Yang paling menyedihkan sekali, kata-kata yang terkandung di dalamnya janji-janji syaitan itu disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Tetapi sayangnya ujaran kata-kata di atas tidak terdapat di dalam kitab-kitab yang menghimpun hadith-hadith baginda s.a.w seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Tirmizi, Sunan Abu Daud, Sunan Nasa’ie, Sunan Ibnu Majah, Musnad Imam Ahmad, Sahih Ibnu Hibban, Sahih Ibnu Khuzaimah dan lain-lain lagi.

Maka jelaslah bahawa fadilat doa awal dan akhir tahun adalah palsu dan batil serta tidak boleh sama sekali disandarkan kepada Nabi s.a.w. Ketahuilah bahawa di situ terdapat amaran keras daripada Rasulullah s.a.w bagi sesiapa yang menyandarkan sesuatu perkara yang bukan dari baginda, Sabdanya:

 “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Beramal dengan riwayat palsu?

Berdasarkan hadith di atas, para ulama hadith menekankan bahawa haram beramal danmenyebarkan hadith-hadith palsu apatah lagi disandarkan kepada baginda s.a.w bagi sesiapa yang mengetahui status kepalsuannya, seperti yang dinyatakan oleh al-Imam Ibnu al-Solah di dalam karangannya ”Ulum al-Hadith‘ m.s 98: 

Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ianya hadith palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya“.

Al-Imam an-Nawawi juga menjelaskan hukum berkenaan dengan hadith palsu di dalam muqaddimah (pendahuluan sesuatu kitab) karangannya iaitu ‘Syarh Sahih Muslim‘: 

Haram meriwayatkan sesuatu hadith palsu bagi orang yang mengetahui bahawa hadith itu maudhu’ atau dia hanya menyangka hadith ini palsu. Siapa yang menceritakan hadith yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya palsu serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad SAW di antara hadith tentang hukum-hukum dan hadith yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadith yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadith-hadith nasihat dan lain lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam.

Seterusnya an-Nawawi berkata lagi: 

” Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga.”.

Selain itu, kebatilan riwayat doa tersebut dan fadilatnya dikuatkan dengan tiada riwayat yang menyatakan amalan ini diamalkan oleh golongan salafussoleh yang terdiri dari golongan sahabat dan tabi’ien. Jika benar amalan ini dari Rasul dan digalakkan di dalam Islam, nescaya para sahabat dan tabi’ien berlumba-lumba untuk melakukannya demi mengarap kebaikan disebalik amalan tersebut yang kononnya hebat fadilatnya. Begitu juga tiada riwayat yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w dan para sahabat r.a membaca doa tersebut secara berjemaah dan beramai-ramai. Apa yang thabit dari baginda s.a.w dan para sahabat r.a adalah membaca semua jenis doa secara bersendirian.

Bolehkah beramal dengan doa ini?
Berasaskan minda yang terbuka, tidak ada salahnya membaca doa ini selagimana tidak terlintas di hati pembacanya bahawa ia disyarakkan atau diperintah oleh agama kita. Begitu juga kerana maknanya pun tidak menyalahi syarak. Kita tidak perlu terhad kepada kaifiat yang didatangkan bersama-sama doa ini, seperti kaifiat doa awal tahun hendaklah di baca selepas Magrhrib 1 Muharram. Disebabkan maknanya baik, tidak kiralah waktu dan hari apapun, baca sahajalah doa ini dengan mengharapkan Allah mengkabulkan doa tersebut.

Pada pendapat penulis, doa ini adalah lebih baik tidak diamalkan samaada individu ada secara berjemaah. Kerana terbukti bahawa ia datang dari riwayat yang palsu dan batil. Kerana ia juga dikuatiri bahawa masyarakat akan menganggap bahawa amalan ini adalah sunnah yang datang dari baginda s.a.w atau dari sahabat nabi r.a. Lihat sahaja bilangan bacaan yang digalakkan untuk membacanya(sebanyak tiga kali), siapakah yang mengesyorkannya begitu? sudah tentu bukan sama sekali dari Allah s.w.t dan RasulNya.

Lihat realiti semasa, betapa ramainya individu muslim menganggap bahawa doa awal dan akhir tahun disyarakkan oleh agama sedangkan ia tidak termaktub sama sekali di dalam al-Quran dan Sunnah mahupun amalan salafussoleh. Jika anggapan seperti ini terus diyakini setelah mengetahui kebatilan riwayat, sanad dan matannya, maka secara jelasnya ini adalah Bid’ah di dalam agama dan perkara yang diketogarikan sesat dan ditolak oleh Islam.

Semua orang maklum bahawa doa tidak perlu terhad kepada apa yang terdapat dari al-Quran dan hadith-hadith Nabi saw sahaja tetapi ia adalah yang terbaik. Ia merupakan manifestasi keikhlasan dan kesungguhan si pemintanya yang dilahirkan dari suara hati dan bait-bait perkataan. Asalkan ia tidak menyalahi syarak dan keterlaluan, maka bacalah apa sahaja doa yang kita hajati.

Lihat juga:-


Nota : Jumhur Ulama’ mengatakan bhw HARUS kita berdoa dgn doa yg dikarang sendiri walaupun Nabi tidak pernah berdoa dgn doa itu. Bila berdoa dgn doa yg tidak ma’thur , janganlah pula iktiqad doa itu lebih baik drp doa yg didatangkan dr Qur’an dan Sunnah.

Sekadar perkongsian..

Hari Pengisytiharan DAJJAL !!!!

Jumaat, 25 November 2011
The Grand Parade adalah satu perarakan raksasa yang diaturkan oleh Dajjal The False Messiah untuk mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan. Allah SWT mencatatkan kisah Ashabul Kahfi yang peristiwanya persis perarakan raksasa yang diaturkan oleh Dajjal. Maklumat ini saya titipkan di dalam satu kitab lama tulisan Almarhum Sheikh Uthman Jalaludin bertajuk Alamat Kiamat terjemahan dari kitab Arab beliau berjudul Ad-Durrah an-Nafi’ah fi Asyrath as-Sa’ah.{1}Perhimpunan ini disebut oleh Sheikh Jalaluddin di mana pengikut Dajjal akan menyongsong kedatangannya dengan memukul-mukul gendang di dalam satu perarakan yang besar. Inilah gambaran sebuah perhimpunan agung yang disusun atur dengan teliti oleh Dajjal.

Tindakan Dajjal mengumpulkan seluruh manusia di dalam satu perhimpunan raksasa dan mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan menyamai insiden majlis perhimpunan Raja Diqyanus yang zalim dan bongkak. Dua peritiwa yang berlaku dengan jarak tahun yang amat jauh tetapi mempunyai persamaan yang nyata.

Di dalam riwayat kitab kisah anbiya dan Asbabun Nuzul, disebut nama bagi sekelompok orang yang beriman yang hidup beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa as. Bahawa kisah itu terjadi di negeri Romawi, di sebuah kota bernama Aphesus (Ephese). Setelah Islam datang, kota itu berubah nama Tharsus (Tarse) sekarang terletak di dalam wilayah Turki. Penduduk negeri itu dahulunya mempunyai seorang raja yang baik. Setelah raja itu meniggal dunia, berita kematiannya didengari oleh seorang Raja Persia bernama Diqyanus. Diqyanus adalah seorang raja yang kafir dan amat bongkak serta zalim. Dia datang menyerbu negeri itu dengan kekuatan pasukannya dan akhirnya berjaya menguasai kota Aphesus. Olehnya, kota itu dijadikan, ibu kota kerajaan lalu dibina sebuah istana yang agam.
Raja Diqyanus kekal berkuasa selama 30 tahun tanpa dapat digugat. Selama itu juga dia tidak pernah diserang sebarang penyakit hatta pening kepala, sakit perut mahupun demam. Oleh kerana Diqyanus merasakan dirinya sedemikian kuat dan sihat, kesombongannya mula membuak ; kehairanannya sama seperti apa yang dirasa oleh Namrud. Sehingga dia berani mengaku dirinya sebagai ‘tuhan’ dan dia menafikan kewujudan Tuhan Yang Maha Esa yang mencipta seluruh langit dan bumi.
Bermula dari saat itu, Diqyanus memanggil seluruh rakyat dan pembesar negara. Diatur satu perhimpunan raksasa dengan diiringi paluan gendang, tarian dan hiburan – ia umpama pesta. Seluruh rakyat diseru keluar menuju ke tempat perayaan tanpa kecuali di dalam satu perarakan raksasa yang maha hebat.
Di dalam perhimpunan ini, Raja Diqyanus memakai gelaran tuhan dengan rasminya. Dia memaksa seluruh penduduk kota menyembahnya disamping berhala-berhala lain yang diciptanya. Pesta pada hari itu tidak hanya diiringi dengan bunyi-bunyian bahkan dipersembahkan binatang korban untuk berhala-berhala tersebut{2}
[saya hentikan petikannya di sini...]

Perhatikan hadith di bawah ini. Ia seperti menceritakan mengenai insiden ini. Manusia seolah-olah terpukau dan mahu menyertai perhimpunan yang diaturkan oleh Dajjal ;

 “Tempat berhentinya (berkumpulnya) Dajjal di tanah berair. Kaum yang paling banyak menyertainya adalah wanita sehingga seorang lelaki kembali kepada isterinya, ibunya,  anak perempuannya dan ibu saudaranya, lalu mereka mengikat mereka dengan tali kerana takut mereka akan keluar mengikuti Dajjal…”{3}

 Inilah percubaan kemuncak Dajjal yang mahu menipu manusia. kemuncak fitnah ini turut menyamai Namrud dan Firaun yang mengisytiharkan diri mereka sebagai Tuhan di hadapan manusia di dalam perhimpunan besar dan perdana.
Hadith dari Ummu Syarik, berkata :

Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda; “Sungguh manusia akan berlari dari dajjal ke gunung-gunung.” (Riwayat Imam Muslim dari Ummu Syarik)

 Inilah peristiwa yang amat penting untuk disingkapkan menjelang kedatangan Dajjal dan kita temui semua persamaan ini di dalam Surah al-Kahfi ayat 9 ~ 16.
Situasi getir ini akan berlaku apabila Dajjal mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan. Setelah berlaku beberapa fasa penipuan dan setelah semakin ramai manusia mengikutinya, maka Dajjal memanggil satu perhimpunan agung (The Grand Parade). Dipanggilnya semua manusia untuk datang dan diseru kehadiran manusia seolah-olah suara itu datang dari langit. Perhimpunan ini dihadiri oleh dua malaikat (di dalam riwayat lain mengatakan dua orang nabi) di kiri dan kanannya untuk mempersaksikan pengakuan palsunya.
Di dalam perhimpunan inilah Dajjal akan menunjukkan kesaktiannya yang di luar kemampuan batas pemikiran manusia. Dia akan menzahirkan alam neraka dengan api yang menjulang tinggi dan syurga yang penuh dengan kenikmatan. manusia dipaksa membuat pilihan. Ketika ada yang takjub dengan maka dia akan berseru bahawa dialah tuhan manusia. Terjadi dialog yang diubahreka dengan kedua-dua malaikat itu. Malaikat itu seolah-olah mengaku dia adalah tuhan.

“…Dan keluarlah dua lembah bersama Dajjal, salah satunya adalah lembah syurga dan satu yang lain adalah lembah neraka. Kemudian dia berkata kepada manusia: ‘Bukankah aku ini tuhan kalian yang dapat menghidupkan dan mematikan manusia?’ Dia bersama dua orang nabi (di dalam riwayat Tarmizi mengatakan malaikat) di mana aku tahu namanya dan nama bapanya. Jika aku ingin, maka aku akan menyebut nama kedua-duanya. salah satu dari keduanya berada di sebelah kanan dan kirinya. Kemudian Dajjal bertanya:’Bukankah aku ini tuhan kalian yang dapat menghidup dan mematikan?’ Salah seorang dari keduanya berkata: ‘Kamu dusta.’ tetapi jawapan itu tidak didengari oleh sesiapa selain rakannya yang disebelahnya. Maka lantas dia menjawap: ‘Kamu benar.’ Dan jawapan itu didengari oleh semua manusia.”
Manusia mula mempersoal diri sendiri. Hati manusia yang hadir pada perhimpunan itu mula berbolak-balik. jeritan dan tangisan mula kedengaran. Dalam keadaan cemas itulah Dajjal mengisytiharkan dia adalah tuhan manusia. Maka ketika inilah tersingkap wajahnya yang sebenar; segala pesona penyamaran wajah manusia kacak seperti seorang penyelamat pudar. Yang terjelma adalah wajah hodoh dengan mata kiri yang berselaput (buta sebelah mata), bertubuh besar dan tertulis perkataan ‘qaf-fa-ra‘ di antara kedua keningnya. Ia jelas dapat dilihat oleh orang mukmin yang ramai walaupun yang tidak tahu membaca.{4}
Malangnya ketika itu manusia tidak memikirkan keburukan bentuk rupa Dajjal. Manusia hanya memikirkan nasib mereka, apakah mahu masuk ke dalam syurga Dajjal (sebenarnya Neraka) atau jurang nerakanya (sebenarnya Syurga) dengan nyalaan apinya yang menjulang tinggi. Pada masa itu, keadaan menjadi hura-hara. Bapa menarik anak dan suami menarik isteri. Masing-masing mahu lari menyelamatkan diri antara fitnah Dajjal atau neraka ciptaannya.Nabi Muhammad SAW berpesan :

“Sesungguhnya aku lebih tahu tentang apa yang dibawa oleh Dajjal. Dia membawa dua sungai yang mengalir. Salah satu daripadanya mata akan melihat sebagai air putih dan yang lainnya akan melihatnya sebagai api yang menyala-nyala. Jika kamu menemuinya, hendaklah mendatangi sungai yang dilihat sebagai api dan hendaklah memejamkan mata kemudian menundukkan kepala serta minum daripadanya kerana ia adalah air yang segar.” (Riwayat Ahmad di dalam Al-Musnad dari Huzaifah)

 Ada yang tidak tahan melihat jurang api yang dalam lantas melutut di hadapan Dajjal mohon diselamatkan dari azab yang mengerikan itu. Maka mereka yang kukuh imamnya dan yang sudah ‘ihsan’ hatinya dengan Allah SWT lari menjauhi perhimpunan itu seperti tujuh pemuda Ashabul Kahfi yang meninggalkan perhimpunan Raja Diqyanus.

“Dan tatkala kalian meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu, nescaya Tuhan kalian akan melimpahkan sebahagian rahmat-Nya kepada kalian dan menyediakan sesuatu yang berguna bagi kalian dalam urusan kalian.” (Surah al-Kahfi; 16)

 Persoalan samada Dajjal akan muncul sebagai penyelamat palsu – Imam Ke-12 Syiah yang kini semakin mendapat sokongan majoriti umat Islam sedunia ada juga kebenarannya. Dajjal yang menyamar sebagai penyelamat kepada umat Islam (kini Iran dianggap wira negara Islam) berjaya mengajak pengikutnya berkumpul di The Grand Parade untuk mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan manusia kerana pada ketika itu mereka telah terpedaya dengan penyamaran Dajjal.

Muhammad Nurani Maarif, dalam bukunya bertajuk Membongkar Misteri Dajjal, secara terperinci menghuraikan bagaimana munculnya seorang individu misteri dalam setiap tamadun purba yang telah membuatkan dirinya dianggap sebagai Tuhan/Dewa dan kemudian menghilangkan diri selain berjanji akan kembali di akhir zaman sebagai penyelamat.{5} Hal ini hampir sama dengan kisah Imam Ke-12 Syiah yang dikatakan telah hilang dalam sebuah gua – dan dipercayai akan kembali semula di akhir zaman.

Perarakan yang berlaku di Bahrain misalnya didakwa oleh Sheikh Yusuf al-Qaradawi tidak lebih hanya satu revolusi mazhab.

 “Tidak ada revolusi rakyat di Bahrain, melainkan (revolusi) mazhab,” kata al-Qaradawi, sebagaimana dipetik Al-Arabiya (19/3). Menurut Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia itu, wujudnya campur tangan asing di sebahagian puak yang ada, sehingga tuntutannya tidak lagi murni dari rakyat Bahrain. Puak yang ingin menggulingkan puak lain hanya mengutamakan kepentingannya sendiri.
 “Revolusi di negara Arab lain ada kesamaan di mana yang tertindas melawan pihak penindas. Sedangkan di Bahrain berunsur kemazhaban, di mana Syiah melawan Sunni”. Menurutnya lagi, revolusi Mesir melibatkan rakyat dengan latar belakang berbeza seperti Muslim, Kristian, tua, muda, sekular, agama, seperti halnya di Tunisia, Yaman dan Libya. Tetapi tidak di Bahrain yang hanya melibatkan puak Syiah.
 Demonstrasi yang dilakukan kumpulan Syiah Bahrain juga bukan secara ‘damai’ tetapi bersenjata. “Kumpulan Syiah menyerang kumpulan Sunni dan mengambil alih masjid-masjid mereka dengan menggunakan senjata seperti halnya golongan baltajiyyah (samseng) yang kita saksikan di Yaman dan Mesir,” jelas Sheikh Yusuf al-Qaradawi.

 Jika huraian saya diatas diambil kira bersama keadaan semasa, maka hampir pasti bahawa Dajjal itu akan muncul sebagai penyelamat palsu umat Islam sebagai Mahdi Syiah {6}, memandangkan mazhab itu semakin mendapat sokongan sebahagian umat Islam yang buta berkenaan hadith-hadith riwayat akhir zaman.


Sathya Sai Baba: Kebangkitan Antara 30 Dajjal?




Memberi Salam Dan Ganjarannya

Isnin, 14 November 2011
Setiap muslim itu bersaudara, maka umat Islam telah membentuk keluarga yang terbesar di dunia. Bahkan mengucapkan salam sesama umat Islam telah dituntut sebagai salah satu ibadah dan kewajipan yang perlu dipenuhi. Dan membina persekitaran yang sihat dan positif dengan mendoakan kesejahteraan dan keamanan saudara-saudara kita.

Memberi salam itu mempunyai banyak ganja
rannya. Sepertimana disampaikan oleh Rasulullah SAW. "Wahai manusia, sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah di waktu malam pada waktu orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga."

"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum pernah dibayangkan dalam hati manusia."

Lalu, bertanya para sahabat, "Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?" Sabda Rasulullah SAW, "Ia adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yang memberikan makan, bagi orang yang selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."

Bertanya lagi para sahabat, "Siapakan orang yang kuat mengerjakan semua itu, Ya Rasulullah?" Sabda Rasulullah SAW, "Akan ku terangkan kepada kamu semua;

1. Barangsiapa bertemu saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, maka sesungguhnya dia menyiarkan salam.
2. Barangsiapa memberi makan ahli keluarga / anak isterinya sehingga kenyang maka sesungguhnya ia telah memberi makan.
3. Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan kemudian dia puasa enam hari dalam bulan Syawal, bererti dia telah sentiasa berpuasa.
4. Barangsiapa solat Isyak dan solat Subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah bersolat malam ketika orang lain sedang tidur.

Sabda Rasulullah SAW lagi, "Barangsiapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab." Ibnu Abbas RA berkata, "Sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu akan menangis sewaktu seseorang mukmin itu bersalam, dan dia mengeluh, 'Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah melainkan diampuni dosanya'."

Maka sebarkanlah salam sesama kita, semoga kita sentiasa mendapat keredhaan dari Allah Taala dalam setiap perbuatan dan pekerjaan. Insya Allah.

Wallahu Alam..

Al Khawarizmi, ahli Matematik Islam pernah ditanya tentang wanita yang terbaik..

Rabu, 9 November 2011
Beliau m'jawab :


Jika wanita solehah & beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000

Tetapi jika yang "1" itu tiada..
Maka, tiada apa yang tersisa padanya kecuali sekelompok "0"

Berhenti persoalkan.....

Selasa, 8 November 2011
'kenapa aku buat baik tapi orang anggap aku jahat?'
'kenapa orang suka sakitkan hati aku?'
'kenapa tak ada orang yang faham hati aku?'
'kenapa lah orang masih buat dosa walau dah tahu hukum?'

tetapi persoalkan
'kenapa aku masih tak boleh ikhlas dalam buat baik?'
'kenapa hati aku rapuh dengan kata-kata manusia?'
'kenapa aku masih tak boleh faham orang dengan baik?'
kenapa aku masih anggap diri aku lebih baik dari orang lain?'

berhenti persoalkan KENAPA pada ORANG LAIN
selalu persoalkan KENAPA pada DIRI SENDIRI

pasti diri kan jumpa jawapan yang dicari
dan bertambah akrab hubungan dengan Ilahi

insyaAllah
amin~

~Mencari Keredhaan Illahi~

Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!

Khamis, 3 November 2011
Persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !! 
Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama... 
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi... 
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT 
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH


(Agama Islam).... 
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA 
Baca sama-sama...


Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!


Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang 
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.


Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung 
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya: 


1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun 
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.


2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada'kan.


3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.


4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.


5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.


6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.


7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar


8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.


9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.


10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.


11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.


12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim


Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, 
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.


Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)


Allahua`ala `alam.
27 SEPTEMBER 2007


**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...


sumber : http://www.facebook.com/profile.php?id=100000731145478
Oleh: Senyum sokmo ヅ
by: Peteh Manaf Peteh (Manaf -20- Fans Club)


Fatin Adilah JihadUmayrah Full

UTM Bloggers


Photobucket
Sah Milik : http://mrundercover90.blogspot.com/. Dikuasakan oleh Blogger.