Di dalam sebuah hutan, tegak berdiri sebuah pokok
gergasi mengatasi pokok-pokok lain dengan dahan
dan bunganya yang berselirat.
Mencecah langit, bayangnya melitupi seluruh
kawasan. Tidak ada satu pun pokok lain yang lebih
besar dan kuat daripada pokok itu.
Namun, ia tidak gembira.
Jauh di dasar tanah, akar-akar mula berkata-kata.
"Kitalah sumber kekuatan pokok ini," kata mereka.
"Kita menyedut air dan zat-zat dari tanah. Tanpa kita,
bagaimana mungkin pokok ini bisa berdiri?"
"Aku yang membolehkan ia berdiri tegak sebegini,"
satu suara lantang menjawab. "Aku adalah batang
pokok ini, dan aku menampung berat dahan serta
daun dan buah-buahnya. Lihatlah betapa besarnya
aku," degam-degum suaranya.
Di bahagian atas pokok itu, daun-daun menggeletar.
Kemudian, dalam berbisik, mereka berkata, "Apa
yang kamu katakan itu benar, wahai batang. Tetapi,
bagaimana mungkin kamu menjadi sebegini besar
kalau bukan kami yang setiap hari melambai
menyerap cahaya matahari?"
"Katakan padaku..." tiba-tiba salah satu dahan
mencelah. 'Bagaimana pula kamu boleh berbuat
begitu tanpa kami?" Dan untuk seketika lamanya,
pokok itu berdiam diri dalam kemarahan.
Kemudian, pada satu hari, seekor burung kecil
terbang keluar daripada teduhan pokok itu.
"Alangkah besar dan indahnya pokok ini," ia berlagu.
"Oh, sememangnya kamulah pokok yang paling
cantik antara beribu yang lain di dalam hutan ini."
Serta-merta, kesemua bahagian pokok itu
memberitahu kisah mereka kepada si burung.
"Jadi, siapakah antara kami yang paling penting?"
tanya akar, batang, daun dan dahan.
"Tentulah kamu semua," jawab si burung.
"Kamu begitu cantik kerana kamu semua adalah
satu pokok."
**Kekuatan kita yang paling utama adalah satu sama lain. Semoga semangat perpaduan yang dikongsi bersama ini akan terus menjadikan Malaysia paling istimewa. 1Malaysia: Menjana Transformasi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sah Milik : http://mrundercover90.blogspot.com/. Dikuasakan oleh Blogger.
About Me
My Status
The Undercover Blogger
Total Pageviews
DREAMZ
Gossip!!!
Without right click..
Facebook Badge
Dikuasakan oleh Blogger.
0 Kata Kau:
Catat Ulasan