Komunikasi luar biasa dengan XPERIA X10

Sabtu, 13 Februari 2010

TIDAK lama lagi, pengguna telefon bimbit di negara ini bakal menikmati pengalaman komunikasi luar biasa menerusi pengenalan model telefon bimbit pintar XPERIA X10.

Dibawakan oleh Sony Ericsson, produk ketiga bagi portfolio penjenamaan XPERIA itu dijangka memasuki pasaran Malaysia pada suku pertama tahun ini.

Dengan matlamat mengintegrasikan aplikasi sosial media dan hiburan bersama medium komunikasi, ia dilihat sebagai peranti penerokaan teknologi selular yang cukup cemerlang.

Model tersebut turut mengetengahkan platform Pengalaman Pengguna (UX) menerusi paparan grafik cemerlang dan pengenalan spesifikasi terbaik.

Platform berkenaan juga menggabungkan sistem operasi bersama beberapa aplikasi unik seperti perkhidmatan ciri hiburan dan, media sosial.

Menurut Pengurus Besar Sony Ericsson Malaysia, Alex Wong, pengenalan XPERIA X10 merupakan strategi menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna.

''Menerusi model ini, kami merealisasikan falsafah Sony Ericsson yang mampu mencipta teknologi seperti mana dimahukan oleh pengguna.

''Dengan X10, pengguna akan dapat menikmati pengalaman komunikasi dengan lebih seronok dan bermakna,'' jelasnya.

Antara aplikasi baru yang diperkenalkan adalah Mediascape dan Timescape yang membolehkan pengguna menguruskan telefon bimbit mereka secara lebih intuitif.

Aplikasi Timescape akan membenarkan aktiviti pengurusan komunikasi secara bersama menerusi pelayaran laman web Facebook, Twitter, foto, emel dan juga teks.

Untuk Mediascape pula, ia merupakan cara terbaik mendapatkan fail seperti muzik, foto dan video kegemaran melalui akses kandungan dari mana-mana lokasi seperti telefon bimbit rakan, laman YouTube atau PlayNow.

Kedua-dua aplikasi pintar berkenaan secara automatik akan dapat mengenalpasti hubungan antara nombor panggilan dengan kandungan media.

XPERIA X10 ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Maklumat lanjut mengenainya boleh diperolehi menerusi laman blogs.sonyericssoncom/products.



0 Kata Kau:

UTM Bloggers


Photobucket
Sah Milik : http://mrundercover90.blogspot.com/. Dikuasakan oleh Blogger.