Shuffle makin popular
Tulisan Tangan by
Unknown
at
7/11/2009 03:41:00 PTG
Sabtu, 11 Julai 2009
Trend... Kira-kira 200 remaja memenuhi persimpangan Lot 10 di Jalan Bukit Bintang, baru-baru ini untuk menyaksikan rakan-rakan mereka mempersembahkan shuffle. - Gambar WAHIDAH ZAINAL
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Pelbagai cara dilakukan oleh remaja kota untuk mengekspresikan diri dan perasaan mereka. Salah satu daripadanya ialah tarian shuffle bersama kumpulan masing-masing dan tarian ini dilihat semakin popular di ibu negara khususnya di sekitar kawasan Bukit Bintang.
Tarian yang bermula di kalangan remaja Melbourne, Australia pada sekitar lewat 1980-an ini merupakan kombinasi antara muzik elektronik rancak serta gerakan tubuh yang dinamik khususnya pergerakan pantas antara tumit dan jari kaki.
Walaupun bermula sebagai satu aktiviti underground di Australia, tarian itu mula mendapat tempat dan tersebar ke seluruh dunia apabila didedahkan oleh sebuah akhbar negara itu dan kemudiannya memasuki Internet terutama menerusi laman web YouTube.
Remaja di Kuala Lumpur turut tidak ketinggalan 'terpengaruh' dengan tarian yang menghiburkan ini dan beberapa komuniti shuffle mula terbentuk di negara ini.
Ada maklumat menyatakan tarian shuffle di Malaysia mula dipopularkan oleh Apek Whuut, seorang DJ yang menubuhkan kumpulan shuffle pertama di Malaysia kira-kira dua tahun lalu.
Difahamkan, terdapat kira-kira 20 kumpulan shuffle di seluruh negara sekarang dengan setiap kumpulan mempunyai kira-kira 80 orang ahli.
Biasanya, mereka berkumpul pada setiap hujung minggu di satu kawasan di Jalan Bukit Bintang di sini iaitu di hadapan bangunan Yayasan Selangor.
Sekitar 200 orang remaja dari komuniti shuffle ini berkumpul di situ untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.
Para shuffler itu menampilkan bakat serta pelbagai gaya terbaru mereka bermula dari pukul 5 petang hingga ke larut malam.
Kebanyakan mereka terdiri daripada remaja belasan tahun tetapi ada juga di kalangan yang berusia awal 20-an dan sudah bekerja.
TertarikSalah seorang daripada mereka, Hadi Aiman atau Adi, 20, yang sudah terlibat dalam tarian shuffle sejak beberapa tahun lalu memberitahu, dia tertarik dengan tarian itu setelah melihat abangnya menarikan tarian shuffle.
Remaja yang berasal dari Bandar Baru Bangi itu berkata, dia mempelajari teknik-teknik tarian shuffle melalui Internet seperti dari laman web YouTube.
"Muzik techno untuk shuffle sukar diperoleh di sini, kami perlu mendapatkannya melalui Internet. Sumber dari Internet kebanyakannya berasal dari Australia, tempat di mana tarian ini berasal,'' katanya.
Menurutnya, walaupun ia melibatkan pergerakan badan yang pantas, tarian shuffle tidak membahayakan berbanding tarian seperti breakdance.
Malah, katanya, komuniti mereka mula mendapat perhatian sesetengah pihak dengan memanggil mereka untuk melakukan persembahan di tempat tertentu untuk mempromosikan produk mereka.
Hadi berkata, tarian itu juga sedang berkembang di bandar-bandar besar lain seperti di Melaka, Seremban dan Johor Bahru.
Dia berharap tarian itu dapat menarik lebih ramai golongan muda melibatkan diri mereka daripada membuang masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah seperti merokok dan melepak.
Meskipun didominasi oleh kaum lelaki, remaja perempuan juga tidak ketinggalan untuk ikut serta. Mereka menyertai komuniti shuffle untuk berkenalan dengan anggota-anggota shuffle yang lain.
Shafiah Amzah, 17, berkata, dia mula meminati tarian itu setelah diperkenalkan oleh jirannya.
"Biasanya shuffler wanita akan menjadi penonton rakan kumpulan mereka beraksi sambil memberikan semangat kepada mereka sewaktu bertanding," katanya.
Seorang shuffler yang masih bersekolah, Afiq Syahmi Zainuddin, 16, berkata, shuffle adalah sama seperti senaman-senaman lain yang boleh membantu membina kecergasan tubuh badan.
"Saya menari shuffle untuk melepaskan tekanan di samping menjaga tubuh saya supaya tetap sihat. Saya mahu masyarakat Malaysia tahu bahwa shuffle bukanlah sesuatu yang negatif," katanya.
Afiq yang mendapat tunjuk ajar daripada 'sifu' yang bernama Shafiq berminat untuk mengajar remaja lain tentang tarian itu.
Tinjauan Utusan Malaysia di Bukit Bintang mendapati, apabila muzik techno dimainkan, seorang demi seorang dari setiap kumpulan masuk ke tengah gelanggang untuk menunjukkan bakat masing-masing.
Mengikut adat para shuffler, mereka yang kalah akan dikenakan denda membuka baju dan menyerahkannya kepada pihak lawan.
Persembahan mereka di tengah-tengah ibu kota pada setiap hari Sabtu itu juga sentiasa diperhatikan oleh pihak berkuasa terutama polis yang berpangkalan hanya beberapa meter dari tempat mereka berkumpul.
Mereka akan patuh dengan arahan apabila diminta bersurai kerana setakat ini, perhimpunan para shuffler itu tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.
Namun, ia tidak mematahkan semangat mereka untuk terus melakukan aktiviti tersebut dan berharap suatu hari nanti, mereka akan diiktiraf oleh pihak berkuasa.
Sekarang pun, kata mereka, ada di antara kumpulan itu sudah mendapat perhatian dan telah membuat persembahan sempena Hari Belia Kebangsaan di Bukit Jalil baru-baru ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sah Milik : http://mrundercover90.blogspot.com/. Dikuasakan oleh Blogger.
About Me
My Status
The Undercover Blogger
Total Pageviews
DREAMZ
Gossip!!!
Without right click..
Facebook Badge
Dikuasakan oleh Blogger.
Love Quote
"~Tuhan tidak semestinya memberikan apa yang kita mahu,
Tetapi Tuhan pasti memberikan apa yang kita perlu~"
Blog Archive
-
▼
09
(126)
-
▼
Jul 5
(17)
- ~See U In Another World~
- Michael Jackson feat. Slash - Beat It Live 30th An...
- MICHAEL JACKSON - Beat It Live In KL
- Michael Jackson - MoonWalk Concert
- MICHAEL JACKSON - Smooth Criminal live In KL
- Michael Jackson Best of Dangerous Di Kuala Lumpur
- My Dream Car - Lamborghini Reventón Commercial
- Lamborghini Reventon vs. Tornado
- Lunch Time...Hehe...
- Nokia N95 - My Handphone (just dreaming...huhuhu...)
- http://ms.wordpress.com/
- http://ms.wordpress.com/
- http://ms.wordpress.com/
- Nama-nama Pilihan & Maksudnya
- Shuffle makin popular
- Orang Arab Pandai Kecek Kelate - salampantaitimur.com
- Fenomena Azan Di Dunia Sehingga Hari Kiamat
-
▼
Jul 5
(17)
0 Kata Kau:
Catat Ulasan