Seramai kira-kira 150 penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di hadapan ibu
pejabat MCA hari ini bagi menuntut supaya presiden parti itu, Datuk Seri
Dr Chua Soi Lek meminta maaf atas kenyataan yang didakwa menghina
Islam.
Kumpulan berkenaan mengancam akan mengadakan demonstrasi lebih besar dan
menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya Chua tidak
memohon maaf dalam tempoh seminggu.
Tuntutan itu adalah
berhubung dakwaan Chua minggu lalu bahawa pekerjaan seramai 1.2 juta
rakyat Malaysia akan terjejas – termasuk dalam sektor rumah urut dan
perjudian – sekiranya hudud dilaksanakan.
Memorandum berkenaan
menyebut, tuntutan itu juga ekoran kenyataan Chua yang mendakwa lapan
daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara
negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
Chua juga pada Sabtu lalu mempertahankan kenyataan naib pengerusi Wanita
MCA Heng Seai Kie yang mendakwa PAS menbenarkan merogol wanita bukan
Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.
Tuntutan
itu dinyatakan dalam satu memorandum yang diserahkan kepada setiausaha
kerja pemuda MCA, Leonard Tan Soon Huat di perkarangan bangunan
tersebut.
Perhimpunan selama kira-kira 40 minit itu antara
lainnya dipimpin ahli jawatankuasa pusat PAS Idris Ahmad, ketua
penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Noor, ketua Angkatan Muda Keadilan
Shamsul Iskandar Md Akin dan juga pemimpin NGO Jingga 13.
Turut menjadi perhatian dalam perhimpunan tersebut ialah pelakon Abby
Abadi yang turut serta melaungkan slogan "Hidup Islam" dan "Hidup
Rakyat".Kumpulan berkenaan juga membawa sepanduk bertulis "Jangan Hina Islam" dan "Soi Lek Wajib Minta Maaf".
Dalam
memorandum berkenaan, Pemuda PAS menegaskan bahawa kenyataan Chua
sebelum ini menimbulkan rasa tidak senang dan mengganggu keharmonian
kaum di negara ini.
Memorandum itu turut menyebut penghinaan
terhadap Nik Aziz juga merupakan penghinaan terhadap rakyat Kelantan
serta bangsa Melayu.
"Datuk Seri sebagai pemimpin parti komponen BN sepatutnya menunjukkan
contoh yang baik kepada rakyat di negara ini dengan menghormati amalan
agama dan kepelbagaian bangsa dan kaum di negara ini," memorandum itu
dipetik.
Pada sidang media selepas itu, setiausaha agung Pemuda
PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil mempersoalkan fungsi beberapa NGO yang
sebelum ini lantang memperjuangkan Islam.
"Mana JATI (Jalur Tiga)? Mana PERKASA? Yang kata nak pertahankan Islam? Bila Soi Lek cakap begitu, diam seribu bahasa.
"Kalau terus hina agama Islam, pemimpin Islam, kita akan tawar diri untuk dijadikan benteng pertahankan agama Islam," katanya.
p/s: Kalau benda mcm ni, PM nak peluk tubuh dan butakan mata serta pekakkan telinga je ke??
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sah Milik : http://mrundercover90.blogspot.com/. Dikuasakan oleh Blogger.
About Me
My Status
The Undercover Blogger
Total Pageviews
DREAMZ
Gossip!!!
Without right click..
Facebook Badge
Dikuasakan oleh Blogger.
hurmm, no komen la awk.. sy ni kalau bab politik, malas nak masuk campur.. sakit hati ngn politik ni sbb tadi nk solat kat masjid pun, boleh ditanya parti mana.. kalau parti sedemikian, boleh masuk...